Nampaknya, nama anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan hangat selepas didakwa sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Aslam.
Besar ujianmu sayang
Terbaru, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan, menerima pelbagai kata-kata semangat dan doa daripada netizen. Meskipun, belum tampil bersuara dan menceritakan mengenai apa yang berlaku, netizen yakin Misya seorang wanita yang kuat dan bijak membuat keputusan yang terbaik buat dirinya.
Menurut netizen, ujian yang dilalui oleh Misya buat masa ini sangat kuat. Oleh sebab itu, mereka berharap Misya dan anak-anak kuat hadapi segala perancangan yang Allah zahirkan. Ujar netizen, Misya layak mendapatkan kebahagiaan untuk diri sendiri.
Sebelum ini, berjaya menghubungi kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan. Menerusi kiriman mesej yang dibalas, Nadiah mengesahkan kebenaran berita perkahwinan Marissa dengan Aslam di Songkhla, Thailand.
Kata Nadiah secara ringkas, butiran yang didedahkan dalam laporan media juga tepat.
Aaah ya betul (Marissa dan Aslam nikah di Thailand). Cerita sama macam apa yang dihebahkan.
Hari ini, laporan media mendedahkan Marissa dan Aslam telah melangsungkan pernikahan pada Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.