Pelakon, Ika Nabella meluahkanrasa kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri ketika menggunakan kemudahan lif di pusat beli belah yang seharusnya mengutamakan golongan memerlukan antaranya seperti warga emas, ibu mengandung, dan kanak-kanak.
Diperli Individu Lelaki Di Sebuah Pusat Beli Belah
Ika Nabella menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi pengalaman dirinya yang diperli oleh individu lelaki yang berusia 40-an ketika dirinya berkungjung ke salah sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Bila saya ingat balik brader tadi gelak-gelak tengok orang tengah beratur tunggu lif sebab dia cepat-cepat masuk lif, obviously dia sihat walafiat dan boleh je jalan ke eskalator, memang buat aku panas hati. Eh entah la.
Saya dah banyak kali jumpa orang selfish macam ni selamber penuhkan lift & biar orang tua dengan wheelchair, parents dengan strollers, ibu hamil tunggu lama depan lift mcm ni tapi kali ni mmg marah betul sebab si bahalol tu gelak-gelak siap perli orang yang menunggu.
Itu memang tahap takde akal. Brader baju merah usia 40an yang memerli saya si SOGO KL tadi awak sepatutnya belajar pendidikan sivik di sekolah atau tak pernah ke sekolah? Malu la tengok tua bangka takde akal, buta perut macam tu. Eh bencinya aku dekat orang selfish bongok mcm ni. Ha kannn hilang sabaq sungguh.”-berang Ika di Instagram
… (content shortened for brevity)“Adab Manusia Zaman Sekarang Dah Berkurang…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen yang menghadapi situasi yang serupa dilihat turut berkongsi pengalaman mereka, malah ramai yang bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Dollah Superstar ini.
Apa komen anda?
Shopee.com.myShorty Pants Women Underwear High Waist Safety Shorts Lifts Buttock Push Up...RM10.99