Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIkon Fesyen Tertua Iris Apfel Meninggal Dunia Di Usia 102 Tahun

    Ikon Fesyen Tertua Iris Apfel Meninggal Dunia Di Usia 102 Tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dikenali dengan fesyen di luar kotak, warna-warni, Iris Apfel pergi meninggalkan dunia selamanya.

    Iris Apfel, seorang pakar tekstil, pereka dalaman dan selebriti fesyen yang terkenal dengan gaya eksentriknya meninggal dunia pada usianya 102 tahun.

    Foto – The Time/Getty

    Kematiannya disahkan oleh ejen komersial, Lori Sale di Instagram dengan menyatakan ‘tiada punca kematian’.

    Dilahirkan pada 29 Ogos 1921, Apfel terkenal dengan pakaiannya yang berani, menarik perhatian, mencampurkan haute couture dan barang kemas bersaiz besar.

    Dengan cermin mata besar, bulat, berbingkai hitam, gincu merah terang dan rambut putih pendek, dia menyerlah di setiap pertunjukan fesyen yang dihadiri.

    Foto – The Time/Getty

    Disebabkan itu, walau di usia senja, Iris Apfel masih mampu bekerjasama dengan jenama besar dunia. Iris Apfel kekal relevan dan dihormati dalam dunia fesyen.

    Nama Apfel terus mekar apabila dia membuat penampilan dalam iklan M.A.C Cosmetics dan Kate Spade. Dia juga mereka bentuk rangkaian aksesori dan barangan kemas untuk Home Shopping Network, bekerjasama dengan H&M pada koleksi pakaian, barang kemas dan kasut, mengeluarkan barisan kosmetik dengan Ciaté London, koleksi cermin mata Zenni dan banyak lagi.

    Foto – The Time/Getty

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts