Tindakan pelakon Imam Shah memuat naik hantaran terbaharu di Instagram telah mencuri perhatian apabila kali terakhir berkongsi hantaran di platform tersebut adalah pada 2021.
‘Welcome back’
Menerusi perkongsian itu, Imam, 38, memuat naik gambar bersama isteri, aktres Hannah Delisha sewaktu mereka menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Jumaat lalu.
Tidak meletakkan kapsyen yang panjang, sebaliknya pemilik nama lengkap Muhammad Imam Shah hanya menulis perkataan ‘date’ beserta emoji hati berwarna merah dan putih.
Difahamkan, emoji hati berwarna merah dan putih itu mewakili warna busana yang digayakan Imam dan Hannah di acara berprestij berkenaan.
Sementara itu, Hanna atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch turut meninggalkan komen ‘welcome back’ di ruangan balas.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya dan peminat juga mengucapkan ‘selamat kembali’ kepada Imam di Instagram.
Menerusi pemerhatian , kali terakhir aktor asal Singapura itu memuat naik hantaran adalah pada April 2021 bagi mempromosikan drama lakonananya berjudul Rindu Salah Alamat.
Sekadar info, Imam dan Hannah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun mereka berkenalan.