Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIman, Bilal Dan Jemaah Masjid Disarankan Untuk Mengambil Suntikan Dos Penggalak Untuk...

    Iman, Bilal Dan Jemaah Masjid Disarankan Untuk Mengambil Suntikan Dos Penggalak Untuk Kekang Covid-19

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Untuk mengawal penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, imam, bilal, dan jemaah disarankan untuk mengambil suntikan dos penggalak ketiga.

    Menurut laporan berita dalam talian, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid memaklumkan ketetapan mendapatkan dos tambahan adalah cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Negeri menyokong nasihat tersebut.

    Beliau menyatakan bahawa tindakan untuk mengawal penularan wabak ini tidak hanya terhad kepada kumpulan tertentu tetapi perlu dilakukan oleh semua pihak.

    “Sebabnya kalau hanya imam dan bilal yang mengambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita,” katanya.

    Mohd Fared juga menyatakan bahawa mereka yang ingin mengambil suntikan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai status kesihatan masing-masing.

    Bagi rekod, pada Isnin, KKM menyatakan bahawa pihaknya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, prosedur pengambilan vaksin itu juga boleh dilakukan secara janji temu menerusi aplikasi digital, MySejahtera.

    Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bersedia menghadapi ledakan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit Covid-19.

    Dzulkkefly juga menyatakan bahawa kesiapsiagaan itu bukan hanya melibatkan fasiliti kementerian seperti hospital dan klinik kesihatan tetapi juga hospital pengajar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan swasta.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts