Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Iman Troye Dedah Pengalaman Dibesarkan Oleh Ibu-Bapa Dengan Peraturan Ketat

     Iman Troye Dedah Pengalaman Dibesarkan Oleh Ibu-Bapa Dengan Peraturan Ketat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi muda berbakat, Iman Troye, atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 22, berkongsi pengalaman dibesarkan dengan peraturan ketat yang diterapkan oleh ibu bapanya.

    Antara peraturan tersebut termasuklah penggunaan telefon bimbit yang sangat terhad. Iman hanya memiliki telefon bimbit sendiri pada usia 17 tahun, dan penggunaannya dilimitkan oleh ibunya.

    “Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun untuk memuat naik lagu yang saya nyanyikan dalam laman sosial tetapi itu pun kepunyaan ibu. Kemudian ketika tingkatan lima baru saya ada telefon bimbit sendiri yang juga perlu diserahkan semula kepada ibu pada waktu malam seperti disyaratkan”.

    “Peraturan ini turut diikuti adik-beradik saya yang lain ketika mereka masih di bangku sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kotek Total Protection, baru-baru ini”.

    Iman, anak bongsu dalam keluarganya, menyedari bahawa tindakan orang tuanya berhubung had penggunaan telefon mempunyai sebab tertentu. Selain telefon, Iman dan adik-beradiknya juga diminta mematuhi beberapa peraturan lain sejak kecil untuk memastikan mereka lebih berdisiplin.

    “Dulu ada juga saya tertanya-tanya, kenapa perlu ikut jam untuk guna telefon dan kawan-kawan kena datang rumah dahulu jika mahu keluar bersama-sama. Waktu itu kita tak faham lagi, sekarang apabila tengok insiden menakutkan akibat jenayah sosial membuatkan saya lega adanya peraturan dalam kehidupan kita,” ujarnya.

    Menurut Iman, seiring peningkatan usia, dia mula menyedari kepentingan peraturan yang dikenakan oleh ibu bapanya. Beliau kini melihat insiden-insiden menakutkan yang melibatkan jenayah sosial dan merasa lega kerana adanya peraturan yang telah diterapkan dalam hidupnya.

    Iman juga memberi maklum balas berkenaan isu semasa yang membabitkan golongan remaja yang memberontak sehingga sanggup lari dari rumah atas alasan dikongkong keluarga.

    ALSO READ:  “Kila Cuba Mencekik Ameena Di Hari Persandingan” – Komen Netizen Pada Gambar Pernikahan Shakilla Undang Tawa Netizen

    Penyanyi lagu Nang itu berharap golongan muda tidak terbawa-bawa emosi dengan melakukan perkara yang boleh membuatkan mereka menyesal di kemudian hari.

    “Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jadi memang patut kita patuhi nasihat mereka berbanding mengikut saranan individu tidak dikenali dalam laman sosial atau menerusi aplikasi lain,” ujarnya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts