Pempengaruh media sosial iaitu Dahlia Rizal berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Pengurusan Sumber Manusia dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya-Wales yang ke-9, semalam. Tahniah!
Tahniah isteriku!
Menerusi sebuah posting di Instagram, suami kepada Dahlia iaitu Imran Aqil meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang diraih oleh isterinya itu.
Isteriku, congratulations on your convocation! Saya teramatlah bangga dengan segala usaha dan semangat you untuk habiskan degree you ni!
Menurut Imran, segala usaha dan kerja keras Dahlia selama ini sudah membuahkan hasil. Sebagai suami, Imran bersyukur kerana dapat menjadi saksi kejayaan isterinya.
Semua kerja keras you kini membuahkan hasil dan ini hanyalah permulaan untuk perjalanan hebat yang akan menanti you pada masa yang akan datang! Saya sangat bersyukur dapat jadi saksi untuk setiap kejayaan you. I cant wait to see all the incredible things you will continue to accomplish! I love you endlessly.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Dahlia.