Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIna Naim Bakal Bernikah Dengan Mohd K 8 November Ini? Isman Nadim...

    Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Mohd K 8 November Ini? Isman Nadim Luah Rasa Lega – ‘Nama Lelaki Jelas Bukan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

    Nikah 8 November?

     

    Memetik laporan Harian Metro , berita mengenai perkahwinan Ina buat kali ini hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

    Walau bagaimanapun, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim menafikan desas-desus tersebut sambil berseloroh mengatakan tiada lelaki yang mahu memperisterikan seorang wanita yang mempunyai anak ramai sepertinya.

    Bukan itu sahaja, nama anggota kumpulan nasyid Hijjaz iaitu Isman Nadim juga disebut-sebut sebagai calon suami kepada penyanyi berusia 40 tahun itu.

    Isman luah rasa lega

    Sementara itu, Isman yang mengakui sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina meluahkan rasa lega kerana namanya sudah bersih daripada gosip tersebut.

    Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya.

    Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K, bukan Isman.

    Sebenarnya, apabila nama saya disebut-sebut, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya.

    Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

    Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa sahaja, bukan artis. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya.

    Tambah Isman, dia juga mendoakan Ina serta anak-anak arwah Suhaimi berbahagia di dunia dan akhirat.

    Terdahulu, tularnya khabar angin yang mengatakan kad jemputan hari bahagia pasangan selebriti itu sudah diedarkan di kampung Ina dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

    Pada kad jemputan yang tular itu, dapat dilihat terteranya nama ibu bapa bakal pengantin perempuan, Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

    ALSO READ:  Rossa Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Menetap Di Luar Negara – ‘Rasa Sudah Tak Relevan’

    Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan hasi perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts