Penyanyi Indah Ruhaila memberitahu teruja untuk menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini bersama anak-anak tiri di kampung halamannya.
Artikel berkaitan: Indah Ruhaila Rap Dalam ‘Indah’, Tampilkan Konsep Pop Dansa
Artikel berkaitan: ‘Power Dari Idola Kecil’ – Kalahkan Indah Ruhaila, Nyanyian Danial Chuer Dalam Vokal Mania Dipuji
Beraya di kampung dengan anak-anak tiri
Berkongsi berita gembira itu, Indah memaklumkan anak-anak tiri perempuan yang masing-masing berusia 15 tahun dan 11 tahun ini memilih untuk beraya bersamanya.
Raya tahun ni berbeza sikit sebab saya akan beraya dengan anak-anak tiri saya. Selalunya mereka akan beraya dengan bekas isteri suami saya.
Mereka pun dah besar dan pilih untuk beraya dengan kami jadi memang excited sikit. Kedua-duanya anak perempuan.
Baju raya pun dah beli awal. Tema warna hitam sebab melayankan sahaja keinginan anak tiri sulung.
Bakal menyambut hari raya di Johor selama seminggu, Indah tidak sabar untuk membawa anak-anak tirinya berjumpa keluarganya di sana.
Tahun ni saya beraya di Johor Bahru dan akan bawa mereka balik kampung saya. Sebelum ini, nenek mereka masih ada lagi tapi dah meninggal dan di kampung mereka dah tiada sesiapa lagi jadi sebab itu mereka beraya dengan saya dan suami.
Kami rapat tapi jarang jumpa sebab mereka tinggal bersama ibu mereka. Kami kerap juga jumpa dan dah macam kawan-kawan sebaya.
Bapa mereka paling excited. Beraya di rumah mak saya dah tak ada budak kecil dah. Sebelah saya semua dah besar. Jadi bila mereka ada, seronok lah ada pelbagai aktiviti dan permainan boleh dilakukan.