Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndie Band ‘DUKES’ Melancarkan Dua Single Terbaharu Memecahkan Gelombang Muzik Indie...

    Indie Band ‘DUKES’ Melancarkan Dua Single Terbaharu Memecahkan Gelombang Muzik Indie Rock Malaysia!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DUKES merupakan band indie rock yang sedang melakar nama dan segera mencuri perhatian dengan membawa bunyi segar yang menarik untuk industri muzik serta persembahan pentas yang bertenaga.

    Pengaruh British Pop Rock

    Dianggotai oleh anak muda penuh energetik berusia 22 tahun – Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassist), dan Cheng (pemain drum) – DUKES menyatukan pengaruh British Pop Rock dengan sentuhan gaya unik mereka sendiri.

    Malah mereka membangkitkan bunyi yang menarik dan penuh nostalgia yang benar-benar membezakan mereka daripada pemuzik yang lain.

    Lima pemuzik berbakat besar ini mencipta nama dalam landskap muzik Malaysia, dengan melancarkan dua single secara berturut-turut, ‘Fell in Love With A Girl in Bristol’ dan ‘Into The Sky’, kedua-duanya di bawah label Alternate Records.

    Mengangkat Tema Cinta, Kekecewaan Dan Kebebasan

    via Alternate Records & Talents

    Lagu-lagu ini menonjolkan kepelbagaian gaya muzik DUKES, meletakkan elemen rock British dengan menyuntik sentuhan muzik unik mereka.

    Dengan mengangkat tema cinta, kekecewaan, dan kebebasan, kedua-dua single ini memperkukuhkan kedudukan DUKES sebagai bintang yang semakin bersinar dalam dunia indie rock Malaysia.

    Single debut DUKES bersama Alternate Records, ‘Fell in Love With a Girl in Bristol’, yang dilancarkan pada 20 September 2024, merupakan sebuah balada yang menyentuh jiwa, menyelami kerumitan perhubungan cinta.

    Mereka menyatakan lagu ini terinspirasi daripada perjalanan hidup mereka sendiri. Liriknya mencerminkan emosi tulen yang dialami—satu gambaran jujur tentang pasang surut dalam percintaan.

    Melancarkan Single Kedua

    via Alternate Records & Talents

    Selepas pelancaran ‘Fell in Love With a Girl in Bristol’, DUKES melancarkan single kedua mereka, ‘Into The Sky’, pada 26 September 2024 yang lalu.

    Lagu ini mendedahkan sisi lain DUKES yang lebih bereksperimentasi namun tetap setia kepada akar umbi muzik rock mereka.

    ALSO READ:  Muak Cerita Penyondol Dan Masalah Rumah Tangga, Uyaina Mahu Mengetahui Lebih Info Berkaitan Agama

    Lagu ini meneroka tema kebebasan, penemuan diri, dan pelbagai emosi yang timbul dalam mengejar keinginan yang terpendam.

    ‘Fell in Love With A Girl in Bristol’ dan ‘Into The Sky’ kini boleh didengarkan di iTunes, Spotify, dan YouTube Music.

    Jangan ketinggalan untuk menikmati muzik unik DUKES—band rock muda ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik dengan gaya indie rock mereka.

    Untuk mendapatkan berita terkini tentang projek DUKES, ikuti media sosial Alternate Records & Talents: Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts