Nama pelakon Zara Zya masih menjadi sebutan netizen di media sosial susulan video podcast mengenai pengalaman seram yang dialami olehnya ketika menjalani sebuah penggambaran.
Terbaru, pelbagai dakwaan telah timbul dan ada yang mengatakan pelakon tersebut menyimpan ‘barang’ yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan gangguan itu berlaku.
Tidak pernah simpang apa-apa barang
Menerusi sebuah posting di Thread, Zara tampil menafikan dakwaan tersebut. Ujar Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia tidak pernah menyimpan apa-apa barang seperti yang dikatakan itu.
Komen sebegini menyedihkan saya kerana ini boleh mengundang pelbagai spekulasi dan juga fitnah terhadap saya. Janganlah anda semua begitu taksub dan memandai mandai seperti ini. Wallahi saya tidak pernah menyimpan apa-apa barang seperti yang dikatakan.
Tambah Zara, sakit yang dialami olehnya itu bukan sehari dua baru berlaku.
Dah lebih 10 tahun dan dalam masa itu, sudah semestinya saya pergi berubat sana sini juga. Pokok pangkalnya, saya hanyalah menceritakan serba sedikit tentang pengalaman dalam hidup saya.
Tak perlu lah nak buat andaian dan tak perlu untuk berfikir teruk teruk itu ini.
Dan saya juga pelik dengan begitu banyak cerita mistik yang timbul setelah menonton podcast tersebut. Wallahualam. Saya pun dah semakin membaik dengan izin Allah SWT. InshaAllah.
Punca gangguan mistik?
Terdahulu, ada seorang individu memberi cadagan kepada Zara untuk membuang beberapa jenis barang yang dikatakan menjadi punca kepada gangguan mistik. Dua barang yang disebut oleh individu berkenaan adalah dalam bentuk pakaian dan pinggan mangkuk.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendapat ‘ilham’ bahawa Zara menyimpan botol lama sehingga boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini.