Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndividu Dedah Sikap Fattah Amin – ‘Mereka Kata Dia Introvert, Suka Duduk...

    Individu Dedah Sikap Fattah Amin – ‘Mereka Kata Dia Introvert, Suka Duduk Rumah Layan Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kemelut rumah tangga pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi antara topik perbualan hangat di media sosial.

    Sikap Fattah

    Menerusi hantaran di platform Threads, seorang individu mendedahkan sikap Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin yang dikatakan introvert.

    Tak kenal pun Fattah Amin secara peribadi, namun kawan-kawannya adalah kawan-kawan kita.

    Mereka cakap dia seorang introvert, suka duduk rumah layan anak, tak reti berparti bagai.

    Bagaimanapun, individu tersebut berasa kesal apabila timbul pelbagai spekulasi meskipun pihak mereka mengambil pendekatan untuk tidak mengulas dengan lebih terperinci tentang perceraian.

    Tapi itulah dunia sekarang, lagi diam lagi banyak kena hentam dan fitnah.

    Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang lagi individu iaitu kenalan kepada aktor tersebut yang turut bersetuju dengan kenyataan berkenaan.

    Dalam masa yang sama, dia juga menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki yang baik.

    Ya betul. Kami rakan sekelas dia di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan rakan dalam industri. Selepas kelas terus balik.

    Dia seorang lelaki yang baik, tapi kita tak payah komen apa-apa pun mengenai perkahwinan mereka. Biar mereka sahaja yang menyelesaikannya.

    Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

    Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

    Sehinggalah pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

    ALSO READ:  Syak Isteri Ajak ‘Skandal’ Beraya Di Rumah, Lelaki Ikat & Ugut Bunuh Isteri

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts