Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndividu Gesa Penganjur Konsert One Love Music Festival ‘Refund’ Duit Pembeli Tiket...

    Individu Gesa Penganjur Konsert One Love Music Festival ‘Refund’ Duit Pembeli Tiket – ‘Jangan Bagi Alasan Macam Kau Teraniaya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isu pembatalan Konsert One Love Music Festival, seorang pengguna media sosial meminta penganjur acara, Muhammad Zul Aqil untuk tampil memberi penjelasan selepas hampir dua bulan mengunci mulut.

    Refund duit

    Menerusi hantaran di TikTok, individu yang dikenali sebagai Siti Nur Teemah, menggesa pihak penganjur untuk mengembalikan wang kepada pembeli tiket.

    Kami diam bukan kami terima apa yang awak buat dekat kami. Zul Aqil, dah hampir masuk dua bulan isu ini berlalu. Boleh tak kau tolong pulang semula duit kami.

    Jangan bagi alasan macam kau teraniaya. Itu bukan masalah kami, masalah kami sekarang adalah mahu semula duit kami.

    Kalau tak mampu nak pulangkan duit dengan segera, setidaknya keluarkan kenyataan. Ini kau hilang.

    Duit anak yatim

    @sitinurteemah? original sound – amïnah

    Dalam hantaran sama, wanita berkenaan turut mempersoalkan sikap Zul Aqil yang tidak mempunyai rasa serba salah kepada pembeli tiket yang sanggup berhabis duit.

    Kepada penganjur acara yang masih setahun jagung, kalau tak mampu buat acara besar, tolong jangan buat.

    Orang yang beli tiket konsert itu ada dalam kalangan anak yatim piatu dan orang susah, kau tak rasa serba salah ke makan duit haram?

    Saya juga tak gemar apabila dia suka ‘play victim’, putar belit cerita. Kau bukan tipu seorang dua, tapi beribu orang.

    Terdahulu, Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember tahun lalu dibatalkan saat akhir.

    Menurut Aqil, keputusan itu diambil berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Liza Hanim Menyanyi Bersama Anak Dipuji Ramai!-“Harap Masuk Famili Duo Tahun Hadapan”
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts