Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndividu Ingin Menyewa Busana Rekaan Siti Nurhaliza, Pereka Fesyen Menegaskan – Hak...

    Individu Ingin Menyewa Busana Rekaan Siti Nurhaliza, Pereka Fesyen Menegaskan – Hak Milik Sepenuhnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siti NurhalizaSiti Nurhaliza

    Seorang individu meluahkan hasrat untuk menyewa salah satu busana berkonsep tradisional yang digayakan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.

    Nak sewa baju Siti

    Siti NurhalizaSiti Nurhaliza

    Individu berkenaan bertanyakan mengenai perkara itu menerusi soalan yang ditinggalkan di ruangan sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story milik pereka busana tersebut iaitu Bianca Bella.

    Baju Datuk Seri Siti boleh sewa tak?

    Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pereka berkenaan mengatakan busana itu tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak.

    Katanya lagi, busana berona merah hati yang menggunakan kain songket itu merupakan hak milik pelantun lagu Cindai itu sepenuhnya.

    Tak boleh awak, ini Datuk Seri Siti bagi kami pamerkan sementara di butik.

    Baju ini adalah hak milik sepenuhnya dan dibayar sepenuhnya.

    Terdahulu, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh 12,000 penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.

    Konsert tersebut dibahagikan kepada beberapa segmen dan salah satu di antaranya adalah segmen tradisional di mana segmen itu memperlihatkan Siti menggayakan busana rekaan Bianca Bella.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts