Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndividu Kongsi Pengalaman Terkena Asid – ‘Bisa Masih Rasa Walau Dah Operation,...

    Individu Kongsi Pengalaman Terkena Asid – ‘Bisa Masih Rasa Walau Dah Operation, Saya Dah Setahun Masih Sakit Lagi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Faisal HalimFaisal Halim

    Susulan insiden disimbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, seorang individu turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

    Pengalaman kena asid

    Faisal HalimFaisal Halim

    Menurut individu yang tidak didedahkan namanya, dia terkena asid tanpa sengaja sewaktu sedang membaiki sinki yang tersumbat.

    Katanya, meskipun sudah lebih setahun berlalu selepas selamat menjalani pembedahan, namun kesan dan kesakitan terkena bahan berbahaya itu masih terasa sehingga kini.

    Nak recover itu memang lama. Nak-nak kalau dah stage empat, bisa asid masih ada lagi biar pun sudah operation. Tidak kisah lah ada duit ke tak, makan masa nak sembuh ya.

    Aku antara yang kena asid tapi bukan orang buat lah, sendiri buat waktu betulkan sinki tersumbat.

    Saya ini pun sudah makan setahun setengah dah, masih sakit lagi. Macam Faisal lagi kesian, muka, kepala, badan kena. Ya Allah sakit itu ya amat.

    Mula-mula kena tak rasa sangat, dah sehari dua asid itu serap dalam daging, aduh!

    Individu terbabit turut berharap pihak berkuasa dapat memberkas pelaku dan mendakwanya di mahkamah.

    Semoga Faisal tabah dan sabar jalaninya. Pelaku perlu didakwa dan harap dapat balasan setimpal.

    Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

    Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani pembedahan kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam.

    Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan.

    ALSO READ:  Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Jebat Jayden – ‘Baba Semakin Tua, Harap Awak Sentiasa Di Sisi Hingga My Last Day’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts