Seorang pengguna media sosial memuji peribadi pelakon Nur Fazura ketika dia terserempak dengan aktres itu di sebuah pusat beli belah, baru-baru ini.
Peribadi yang baik
Menurut individu berkenaan, Fazura seorang yang peramah dan baik hati terhadap orang di sekeliling selain memuji kecantikan dimiliki aktres itu.
Saya jumpa Fazura secara berdepan minggu lalu di The Strand Mall. Dia seorang yang penyayang, baik hati, rendah diri, cantik dan seorang ibu yang mengambil berat kepada anak.
Pembantu peribadinya juga baik dan peramah termasuk adik iparnya. Masya-Allah, dikurniakan keluarga dan orang di sekeliling yang penyayang.
Terbang tinggi Fazura, insya-Allah segalanya akan baik. Pasti akan ada pelangi selepas turunya hujan.
Individu tersebut berkata demikian menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran terbaharu di Instagram Fazura lantas mendapat perhatian aktres itu.
Dikelilingi orang baik
Bekas isteri kepada aktor Fattah Amin itu berkata, dia bersyukur dikelilingi ramai individu yang baik dan sentiasa memberi sokongan serta aura positif kepadanya.
Masya-Allah, Tabarak-Allah, saya sangat bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik dan positif serta sentiasa menyokong saya. Semua yang baik-baik dari Allah. Syukur Allah.
Pada Jumaat, Fazura memaklumkan dia sudah habis menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan Fattah pada 7 Oktober lalu.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.