Pelakon Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4. Sempena hari istimewa itu, Zahirah telah memuat naik semula video ‘pre wedding’ mereka di Instagram.
Papa nyaris nak ‘cemarkan’
Menerusi posting tersebut, bapa kepada Zahirah iaitu Zainol telah meninggalkan satu komen yang berjaya mencuri perhatian netizen.
Menurut Zainol, terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku ketika majlis ijab kabul anaknya itu. Ujar Zainol, dia terpaksa menahan sabar agar hari bahagia anaknya itu tidak ‘tercemar’.
Allahuakbar! Papa terlupa kakak dan Aiman nak ucapankan selamat ulang tahun yg ke 4 pernikahan kakak dengan Aiman! Papa sendiri yang walikan pada 20 Februari 2020 pun boleh terlupa.
Anyway, I am indeed very happy for both of you plus naluri seorang ayah dapat baca dari segi keikhlasan cinta antara kakak dan Aiman!
Pada malam kakak dan Aiman “di ijabkabulkan” papa nyaris-nyaris nak “cemarkan” majlis disebabkan kehadiran beberapa “individu toxic” tapi Alhamdulillah dengan sifat “kesabaran” dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam itu, papa tarik nafas dan beristifar dan pada waktu yang sama, papa “gadaikan maruah demi kebahagiaan anak dan menantu.
Tambah Zainol, dia bersyukur kerana anaknya membuat pilihan yang terbaik.
Dengan izin dan kehendak Allah serta naluri seorang ayah yang tahu anaknya telah membuat pilihan yang terbaik, shukur Alhamdullilah!
Zainol turut memohon jasa baik semua orang agar sama-sama mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya itu.