Pengacara Indonesia, Indra Herlambang terlalu teruja dapat memeluk anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa sehinggakan mengambil keputusan untuk tidak mandi selama dua hari.
Tak nak hilang bau
View this post on Instagram
Memetik laporan portal detikhot.com, Indra membuat keputusan untuk tidak membilas badannya selama yang boleh kerana tidak mahu haruman wangi Lisa hilang dari badannya.
Walau bagaimanapun, perancangannya itu hanya bertahan selama dua hari kerana perlu keluar bekerja.
Saya tak mahu mandi selepas dipeluk kerana nak pastikan haruman Lisa terlekat di badan namun hari ini (Isnin) saya perlu bekerja.
Bauan dari Lisa itu cuma dapaat bertahan selama dua hari sahaja dan suka atau tidak, saya terpaksa mandi kerana kerja.
Berkongsi perasaan selepas dipeluk Lisa, Indra memaklumkan dia begitu teruja dan berada dalam keadaan luar kawalan kerana begitu meminati anggota kumpulan Blackpink itu.
Saya sangat suka K-Pop sehinggakan selalu mendengar lagu dan menonton drama mereka.
Kalau tak dapat kawal diri, mungkin saya boleh pengsan di atas pentas.
Jumaat lalu, Indra telah dipeluk Lisa dalam satu majlis bertemu peminat iaitu Fan Meetup in Asia 2024 yang diadakan di Beach City, Stadium Antarabangsa, Jakarta, Indonesia.
Indra selaku pengacara bagi majlis tersebut menganggap momen dipeluk bintang terkenal dunia sebagai satu pengalaman yang terindah dalam hidupnya.