Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIndustri Seni Kreatif Dapat Peruntukan RM160 Juta

    Industri Seni Kreatif Dapat Peruntukan RM160 Juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM160 juta untuk pembangunan industri kreatif menerusi Belanjawan 2025.

    RM160 Juta dana keseluruhan

    Memetik laporan Harian Metro, jumlah Dana Kandungan Digital yang bertujuan untuk mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan telah dinaikan kepada RM65 juta berbanding RM60 pada belanjawan sebelumnya.

    Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.

    RM25 juta disediakan untuk MyCreative Ventures menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif.

    ‘Harap dapat membantu pembikin filem malaysia’

    Pengarah, Nik Amir Mustapha

    Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM30 juta bagi Program Belia Kreatif Madani yang akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni.

    Aktiviti disematkan termasuklah bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif. Pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek.

    Sementara itu, pengarah, Nik Amir Mustapha meluahkan rasa gembira atas usaha kerajaan khususnya dalam penerbitan filem tempatan.

    Harap ia dapat membantu pembikin filem malaysia mulakan filem mereka. Saya gembira kerajaan sekarang sedar potensi industri filem sebagai sebuah industri yang menyumbang ke ekonomi negara.

    Begitu juga kerajaan melihat serius kepentingan industri ini membentuk masyarakat berwibawa.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,213FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts