Seorang pempengaruh dikenali sebagai Belle Strelle tampil memohon maaf susulan tindakannya menggayakan kostum watak ‘Maleficent’ ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.
Tak tahu berdosa
Mengakui silap sendiri, Bella atau Nabilah Aliah berkata, dia tidak tahu bahawa kostum tersebut dari sudut agama dikatakan menyerupai syaitan atau iblis disebabkan mempunyai tanduk serta sayap.
Saya mengaku kesilapan saya. Ketika dimaklumkan tema acara tersebut adalah fantasi, terus terlintas di fikiran saya watak Maleficent. Saya suka tengok filem dan watak itu.
Tetapi pada malam kejadian, ada yang cakap salah berpakaian sedemikian kerana ada tanduk dan bersayap.
Saya tanya orang yang lebih arif, mereka jawap sebab bertanduk. Sebenarnya tidak elok pakai macam itu.
Sumpah demi Allah, saya tidak tahu. Saya tiada niat nak menyerupai syaitan, walau ada netizen kata seperti iblis.
Belle berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Ambil iktibar
Susulan kecaman diterima, Belle mengambil pengajaran daripada kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Yang kecam, saya terima dengan hati terbuka. Ini satu ilmu baharu untuk saya supaya pada masa akan datang tidak akan pilih pakaian seperti itu lagi.
Mungkin disebabkan terlalu teruja juga yang buat saya tidak sedar bahawa kostum itu salah. Saya mohon maaf sangat-sangat.
Saya tidak boleh tegakkan benang yang basah kerana yang salah tetap salah. Itu first and last pakai macam itu.