Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentInfluencer Indonesia Mohon Maaf Selepas Didakwa Perlekeh Bahasa Melayu – ‘Tiada Niat...

    Influencer Indonesia Mohon Maaf Selepas Didakwa Perlekeh Bahasa Melayu – ‘Tiada Niat Merendahkan, Hanya Bahas Perbezaan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Yusuf HendratnoYusuf Hendratno

    Seorang pempengaruh Indonesia yang dikenali sebagai Yusuf Hendratno membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia selepas didakwa memperlekehkan bahasa Melayu.

    Tiada niat perlekeh

    Yusuf HendratnoYusuf Hendratno

    Menerusi perkongsian di TikTok, Yusuf berkata niat asalnya memuat naik sepotong video baru-baru ini adalah untuk membahaskan mengenai perbezaan bahasa atau sebutan yang digunakan di Indonesia dan Malaysia.

    Bagaimanapun, dia mengakui berasa lucu disebabkan ada beberapa perkataan yang seakan sama namun kedengaran sedikit janggal dengan bahasa di negaranya.

    Mohon maaf sebesar-besarnya. Saya secara peribadi dalam konten tersebut hanya membahas perbezaan bahasa yang berbeza namun hampir menyerupai.

    Peserpsi lucu yang saya maksudkan ada pada bahasa yang saya gunakan, di mana ketika melihat bahasa yang hampir mirip maka terlintas agak lucu.

    Tidak ada dari saya sekalipun bermaksud nak merendahkan. Ada pun kalimat yang saya gunakan ialah perbandingan bahasa yang saya gunakan iaitu bahasa Indonesia.

    Dulu saya pernah ke India pernah review beberapa makanan yang menyerupai di Indonesia namun rasanya berbeza. Tujuannya ialah untuk membandingkan dan melihat perbezaan dan artikulasi.

    Dalam hantaran sama, Yusuf memuji keunikan dan keindahan Malaysia selain akui jatuh cinta dengan negara ini.

    Tidak lebih dan tidak berniat untuk merendahkan apatah lagi Malaysia yang saya kunjungi melekat di hati. Bahkan saya merancang nak bawa mama saya bercuti di Malaysia.

    Sekali lagi, sekiranya persepsi netizen berbeza dengan ekspetasi saya, saya mohon maaf zahir batin.

    Terdahulu, Yusuf menerima kecaman hebat selepas dia didakwa memperlekehkan bahasa Melayu semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Menerusi video yang dikongsikan, dia memberitahu ini kali pertama menjejakkan kaki di Malaysia dan  berasa agak aneh apabila mengetahui beberapa perkataan yang digunakan di negara ini.

    ALSO READ:  Meerqeen Menolak Babak 'Adegan Halus', Mementingkan Nama Baik Keluarga

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts