Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa sedih apabila bekal makanan yang dibawa untuk dijamah ketika bercuti di Jepun dirampas oleh pihak imigresen, baru-baru ini.
Zarina, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia gigih memasak beberapa jenis lauk-pauk seperti Gulai Ayam Kampung, Rendang Daging, Rendang Ayam, Daging Blackpepper, Gulai Lemak Daging Salai, dan Ayam Salted Egg. Namun, kesemua lauk-pauk kecuali kuah kari serta Sotong Salted Egg telah dirampas selepas ‘declare’ di lapangan terbang.
“Sejuk giler suhu minus 15’.. Saya punya lah gigih masak gulai Ayam Kampung, masak rendang daging rendang ayam ,daging blackpepper ,gulai lemak daging salai dan ayam salted egg…semua kena tahan selepas di declare.
Saya ingat lepas sebab semua saya simpan dlm satu kotak .. yang lepas sotong salted egg dgn kuah kari dan pulut kuning jer..😢.
Ingat nak save budget last last sedih .. nak bawak anak-anak berjalan tempat macam ni semua mahal. -kongsi Zarina di Instagram
“Memang Tak Boleh Bawa Masuk…”
Perkongsian Zarina mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menyatakan bahawa daging atau ayam merupakan antara barang larangan untuk dibawa masuk ke Jepun.
“Memang tak boleh bawa masuk daging atau ayam walaupun dah masak ke Jepun. Very strict.”
“Sedih baca. Makanan yang tak lepas tu mereka ambil ke kak? Kadang-kadang risau naik flight macam ni la rules yang kita kena follow.”
“Jenis sambal lepas. Sambal kering daging, ayam. Sambal bilis tempe.”
Apa komen anda?