Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIngatkan Dah Habis, Tapi Masih Ada Darah Lagi. Ketahui Masalah Kitaran Haid

    Ingatkan Dah Habis, Tapi Masih Ada Darah Lagi. Ketahui Masalah Kitaran Haid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sudah seminggu selepas haid, tetapi tiba-tiba masih ada darah yang keluar. Hmm, mengapa boleh berlaku sedemikian? Haid juga berlangsung lama, sudah hampir dua minggu!

    Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang tidak teratur tidak berlaku secara tidak sengaja. Mungkin ada sebab mengapa anda mengalami masalah ini.

    Antaranya adalah…

    Umur

    Kitaran haid boleh berubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran haid yang keluar semasa remaja. Jika wanita yang sedang dalam fasa menopaus, anda akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang sedikit dan sementara sahaja kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan anda.

    Diet pemakanan

    Foto – Byrdie

    Apa kaitan diet pemakanan dengan kitaran haid? Sebenarnya ia sangatlah berkaitan kerana kandungan lemak mampu menjejaskan kitaran haid wanita. Di sini maksudnya, gaya pemakanan yang seimbangan harus menjadi kunci utama jika anda ingin kitaran haid kembali normal semula.

    Tekanan emosi

    Tekanan emosi yang dihadapi akan menyebabkan badan mengubah hormon kitaran haid. Bagi wanita yang memiliki tekanan emosi, ia akan membuatkan kitaran haid sedikit mahupun menjadi banyak sehingga melangkaui masa tamat haid tersebut.

    Kitaran haid akan menjadi kembali normal apabila tekanan emosi yang dihadapi telah pulih seperti sedia kala. Oleh itu, bagi wanita yang mengalami masalah tekanan sebegini, penting untuk anda menangani masalah secara sihat, agar kitaran haid kembali normal.

    Polycytic Ovarian Syndrome (PCOS)

    Masalah darah haid keluar sedikit tetapi ambil jangka masa yang lama untuk habis serta kitaran haid yang tidak terataur atau telah berhenti datang haid berkemungkinan di sebabkan oleh PCOS.

    Foto – Drop

    Penyakit ini akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan menyebabkan telur berhenti matang. Malah penyakit ini juga boleh menyebabkan:

    • Berat badan terjejas sehingga membawa kepada masalah obesiti
    • Masalah jerawat
    • Tumbuh bulu-bulu di muka
    • Menjadi punca ketidaksuburan atau mandul
    ALSO READ:  [VIDEO] Terliur Tengok Mak Semah Buat Popia Basah, Siti Nurhaliza Mintak Hantar Sikit – ‘Datuk K Nak’

    Jika anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sebegini, sebaiknya anda terus pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan. Jangan menunggu lama dan mengambil remeh tentang isu ini. Ia akan menjejaskan kesihatan dan masa depan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts