Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIni 4 Tips Tak Nak Bagi Makeup Korang Crack! Barulah Berseri!

    Ini 4 Tips Tak Nak Bagi Makeup Korang Crack! Barulah Berseri!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    “Time ni lah kulit muka ada masalah. Kering lah, jerawat lah. Hmm nanti makeup mesti tak cantik”

    Ha…siapa pernah alami masalah ni sebelum ni? Mesti stress kan? Lagi-lagi bila makeup tiba-tiba crack. Langsung takde mood!

    Takpe jangan risau! Jom min share dengan korang macam mana nak bagi kulit wajah korang tampil berseri-seri dan makeup korang on point je nanti. Ini antara tipsnya!

    1. Pastikan kulit muka bersih tanpa sebarang minyak

    Kalau korang nak tahu, kulit yang bersih dan bebas daripada minyak adalah penting sebab ia akan membuatkan makeup korang melekat dengan baik dan tahan lama.

    Selain itu, ia akan memberikan hasil makeup yang lebih cantik dan natural.

    Jadi, sebelum korang nak apply makeup tu, pastikan kulit muka bersih tanpa sebarang minyak kerana minyak berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti tersumbatnya pori-pori, jerawat, dan sebagainya.

    2. Pilih produk kosmetik yang sesuai dengan kulit muka

    Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi penting untuk korang memilih produk yang sesuai dengan kulit korang.

    Contohnya kalau korang jenis yang kulit kering, pilihlah produk yang boleh melembapkan dan menghidratkan. Tapi, kalau korang yang mempunyai kulit berminyak tu, mungkin lebih baik menggunakan produk yang bertekstur ringan dan boleh kawal minyak.

    3. Guna teknik dan step makeup yang betul

    Ha! Teknik dan step yang betul pun memainkan peranan penting untuk elak makeup korang jadi merekah tau. Orang kata jangan main letak je apa yang korang nak letak. Alamatnya memang nampak bercapuk lah muka korang dipagi raya nanti!

    Jadi, nak taknak, korang memang kena amalkan teknik dan langkah-langkah yang betul dalam penggunaan makeup untuk mengelakkan makeup korang tu daripada merekah.

    ALSO READ:  Nora Danish Syukur Berhenti Buat Babak Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki – ‘Rasa Harga Diri Sangat Mahal’

    Alaaa, nak senang korang tengok je video tutorial makeup yang ada. Dari situ, korang boleh belajar macam mana nak guna teknik dan langkah yang betul.

    4. Amalkan penjagaan kulit yang baik dan dapat hidrasi yang cukup

    Dalam banyak-banyak tip, ini yang paling penting tau! Sebelum nak makeup nampak on point, penjagaan kulit wajah korang pun kena cantik dulu. Bila dah ada base yang cantik, barulah makeup korang nampak smooth!

    Oleh itu, amalkan rutin penjagaan kulit termasuk menggunakan pelembap yang berkualiti tinggi untuk menjaga kelembapan kulit.

    Nak dapatkan hidrasi yang cukup, korang wajib guna pelembab muka Hada Labo Hydrating Water Gel ni! 

    Kenapa korang wajib guna pelembab muka Hada Labo Hydrating Water Gel?

    Ini kerana produk ini telah dicampurkan dengan 4 jenis Asid Hialuronik dan Ceramide yang boleh mengunci, menyegarkan, dan mengembalikan kelembapan secara mendalam ke dalam kulit korang.

    Selain itu, ia juga mengandungi Ekstrak Kaktus yang kaya dengan antioksidan untuk meredakan iritasi kulit dan melindungi kulit korang dari kerosakan radikal.

    Mempunyai tekstur gel yang ringan & tak melekit serta ada prebiotik!

    Kalau korang tertanya-tanya macam mana tekstur pelembab muka ni, kena tak dengan semua jenis kulit?

    Ha..min rekomen korang cuba dulu sebab setahu min produk Hada Labo Hydrating Water Gel ini mempunyai tekstur gel yang sangat ringan dan sesuai untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi.

    Kiranya korang takkan rasa melekit sebab ia terus meresap kedalam kulit dan membuatkan kulit korang rasa segar dan lembap je sepanjang hari.

    Pelembab ini mengandungi 2 Prebiotik untuk membantu menguatkan skin barrier korang dan memperbaiki kulit yang rosak menjadi kulit yang lebih sihat dan kuat serta menjadi pelembap terbaik yang bebas daripada alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT, dan Diglycol.

    ALSO READ:  Farid Kamil dan Diana Dianelle: Percubaan Menyelamatkan Rumah Tangga vs Keinginan Bercerai

    Ia juga diformulasi dengan Carnosine untuk melindungi kulit daripada blue light. Memang power!

    Jadi, korang kena cuba dulu, baru tahu macam mana hasilnya. Dapatkan sekarang tau!

    Memang banyak sangat kebaikan bila korang menggunakan Hada Labo Hydrating Water Gel ni. Bukan setakat dapat merawat kulit wajah menjadi lebih segar, malah membantu untuk elakkan makeup korang crack.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts