Pada ketika ini ramai yang berpendapat kos sara hidup semakin meningkat. Antara yang dicuba ramai sudah tentunya dengan berjimat.
Min yakin korang pun mesti buat perkara yang sama kan?
Haa.. Pada kali ini min akan share dengan korang 5 cara yang yang korang boleh cuba untuk jimatkan perbelanjaan bahan api kenderaan korang.
1. Rancang perjalanan anda menerusi aplikasi pada telefon pintar
Seperti ramai sedia maklum, sekarang ni banyak aplikasi yang menawarkan fungsi untuk merancang perjalanan ke sesebuah destinasi.
Antara aplikasi yang korang boleh cuba adalah Waze atau Google Maps.
Korang bukan je dapat menjimatkan masa perjalanan, malah penggunaan jalan shortcut juga membantu untuk mengurangkan penggunaan bahan api kenderaan korang.
2. Carpool
Korang ada tak rakan sekerja korang yang tinggal berdekatan rumah korang?
Jika ya, ini merupakan bonus buat korang kerana korang boleh carpool sahaja untuk ke tempat kerja.
Bukan sahaja menjimatkan poket, malah lebih fun dapat ke tempat kerja bersama rakan. Tak adalah stress sepanjang perjalanan!
3. Keluar pada waktu tidak sesak
Tip ini mungkin sesuai sekiranya korang mahu balik kampung atau ke sesuatu destinasi yang jauh.
Sekiranya masa bukanlah halangan buat anda, min cadangkan korang untuk keluar pada waktu yang tidak sesak.
Dalam erti kata lain, elakkan memandu di lebuh raya di hujung minggu atau sewaktu musim cuti persekolahan.
4. Memandu pada had kelajuan yang ditetapkan
Tahu tak korang membawa dengan keadaan yang laju secara tidak langsung bakal membuatkan minyak korang lebih cepat habis?
Haa… sebaiknya, korang membawa mengikut had kelajuan yang ditetapkan.
Bukan sahaja mampu mengurangkan penggunaan bahan api, malah dapat mengelakkan daripada poket bocor disebabkan saman daripada pihak berkuasa.
5. Isi minyak kenderaan korang dengan Shell FuelSave 95
Shell FuelSave 95 memberikan keunikan tersendiri dalam membantu pengguna menjimatkan petrol. Dengan formula terbaharu, ia mampu memberikan sehingga 15 kilometer lebih jauh untuk setiap pengisian penuh tangki.
Pilihan ini sememangnya ideal untuk korang yang mahukan penjimatan bahan api, terutamanya ketika perjalanan jauh.
Rakyat Malaysia akui Shell FuelSave mampu memberi lebih kilometer!
Shell telah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri kehebatan Shell FuelSave 95 melalui cabaran khas yang mengukur kecekapan bahan api.
Hasilnya? Realiti menunjukkan pemandu yang menggunakan Shell FuelSave 95 berjaya mencatat penjimatan luar biasa, dengan keputusan sehingga 28.23 kilometer per liter!
Ini membuktikan bahawa formula baharu Shell FuelSave 95 benar-benar memberikan lebih kilometer dan mampu menjadikan perjalanan korang lebih efisien.
Dilengkapi bahan formulasi Shell FuelSave 95 yang mampu membersihkan enjin kereta korang
Selain menjimatkan petrol, Shell FuelSave 95 juga dilengkapi bahan pembersih khas yang membantu mengekalkan enjin kereta korang dalam keadaan optimum.
Sama ada korang memandu kereta baharu atau lama, Shell FuelSave 95 adalah pilihan yang sesuai untuk memberikan prestasi terbaik kepada kenderaan korang.
Tidak perlu lagi mencari petrol jenama lain, kerana dengan Shell FuelSave 95, korang mendapatkan lebih nilai untuk setiap liter yang korang isi.
Min yakin kalau korang ikut kesemua langkah ini, korang sendiri akan rasa penjimatan perbelanjaan bahan api.
Sekurang-kurangnya, penjimatan yang dilakukan dapat meringankan beban apabila hujung bulan nanti.