Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIni 6 Perkara Penting Subsidi Bersasar Yang Korang Perlu Tahu!

    Ini 6 Perkara Penting Subsidi Bersasar Yang Korang Perlu Tahu!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Macam yang korang tahu, subsidi merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menampung sebahagian kos yang diperlukan untuk mendapatkan barangan penting seperti makanan, pengangkutan, dan perkhidmatan asas.

    Matlamat utama subsidi ini adalah bagi menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan tertentu, serta membantu mengurangkan tekanan kewangan di kalangan rakyat. Contohnya termasuk subsidi bagi elektrik, petrol, minyak masak, dan gula.

    Ha…kali ini kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar untuk golongan yang memerlukan. Apa tu? Meh min jelaskan!

    1. Bantuan tepat untuk golongan yang memerlukan

    Penyasaran subsidi merujuk kepada pendekatan tepat sasaran dalam memberikan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ini berbeza dengan pendekatan lama di mana subsidi diberikan kepada semua tanpa mengambil kira keperluan sebenar.

    Dengan penyasaran subsidi ini, kerajaan akan memastikan bantuan hanya sampai kepada mereka yang layak seperti golongan berpendapatan rendah dan rentan.

    2. Kenapa perlu ada subsidi bersasar?

    Penyasaran subsidi ni penting tau untuk mengurangkan pembaziran dan memastikan dana awam digunakan dengan lebih efisien.

    Langkah ini juga membantu memastikan bantuan hanya sampai kepada mereka yang memerlukan, mencegah ketidakadilan di dalam sistem subsidi pukal yang seringkali tidak memenuhi keperluan golongan yang sebenar-benar memerlukan.

    Paling penting, penyasaran subsidi berperanan dalam mengawal aktiviti penyeludupan ke negara jiran, di mana harga barang seperti bahan api dan minyak masak lebih tinggi. Dianggarkan negara kerugian RM4.5 juta sehari disebabkan aktiviti penyeludupan diesel.

    Malaysia sendiri mengeluarkan belanja subsidi yang signifikan setiap tahun, menunjukkan kepentingan untuk menyelaraskan penggunaan sumber kewangan negara demi kesejahteraan yang lebih baik.

    3. Ini antara faedah yang boleh dapat melalui penyasaran subsidi

    Dengan mengawal aktiviti penyeludupan ke negara jiran, harga barang keperluan seperti bahan api dan minyak masak dapat dikawal, menjadikan subsidi Malaysia antara yang tertinggi di dunia, dengan belanja sekitar RM58 billion setahun.

    ALSO READ:  Pet Pet Lan Menghiburkan Netizen dengan Meminta Pengunjung Bazar Ramadan Beri Derma

    Faedah utama penyasaran subsidi termasuk penyaluran bantuan yang lebih adil dan efektif, meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta mengurangkan jurang ekonomi.

    Penjimatan dari subsidi membolehkan kerajaan mengalihkan dana kepada prasarana awam dan bantuan tunai kepada rakyat, seperti melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan lain.

    Penyasaran subsidi elektrik sebelum ini telah menjimatkan RM4 billion, dan penjimatan yang sama dijangka dari subsidi diesel setiap tahun.

    4. Macam mana penyasaran subsidi ni dilaksanakan?

    Ha…penyasaran subsidi dilakukan dengan memanfaatkan data pendapatan dan status sosioekonomi yang dikumpul dari pelbagai agensi kerajaan. Teknologi dan sistem maklumat canggih digunakan untuk mengenal pasti individu dan keluarga yang layak menerima subsidi berdasarkan kriteria tertentu.

    Bagi program bantuan tertentu, pemohon perlu mendaftar dan mengisi butiran tambahan untuk memastikan mereka memenuhi kriteria dan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan tepat.

    Dengan cara ini, kerajaan memastikan setiap bantuan sampai kepada orang yang sepatutnya terima.

    5. Kenapa rakyat kena tanggung kos bahan api yang tinggi walaupun dah bayar cukai?

    Sebagai penjelasan, kerajaan masih lagi akan memberi subsidi kepada sebilangan besar rakyat dan perniagaan meskipun harga diesel bakal diapungkan. Inilah yang dimaksudkan dengan penyasaran subsidi.

    Subsidi pukal bagi diesel ini telah mengundang kepada penyelewengan dan penyeludupan yang berleluasa kerana harga diesel di Malaysia terlalu murah berbanding di negara-negara jiran. Macam min cakap tadi, kerajaan rugi sekurang-kurangnya RM4.5 juta tiap-tiap hari daripada aktiviti penyeludupan.

    Wang rakyat ini patut dimanfaatkan dengan lebih baik. Lagi elok wang itu digunakan untuk sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pertahanan.

    Perbelanjaan untuk sektor ini datang dari hasil cukai. Jika terlalu banyak dana digunakan untuk subsidi, peruntukan bagi pembangunan dan kesejahteraan rakyat akan berkurang.

    ALSO READ:  ‘Selamat Hari Lahir Anakku Nur Fatima Aisya, Daddy Rindu Awak’ – Fattah Amin

    Jadi tak perlu risau, penyasaran subsidi bukanlah bermaksud subsidi akan ditarik, tapi cuma nak pastikan ia sampai kepada golongan yang memerlukan, seperti B40 dan M40, dan digunakan untuk pembangunan negara.

    6. Macam mana penyasaran subsidi boleh elakkan kenaikan harga barang & kos sara hidup?

    Sektor Logistik yang terlibat dalam pengangkutan barangan darat masih menikmati harga diesel pada RM2.15 seliter dengan penggunaan fleet card, walaupun harga diesel di pam diapungkan. Untuk pengangkutan darat awam, subsidi diesel kekal pada harga RM1.88 seliter, dan sektor ini boleh memohon melalui MySubsidi Diesel sejak tahun 2013.

    Selain itu, bantuan tunai disediakan untuk kenderaan persendirian bagi membantu petani dan pekebun kecil mengurangkan kos harian akibat kenaikan harga diesel.

    Langkah-langkah ini membantu mengurangkan impak kenaikan harga barangan asas, dengan penguatkuasaan diperkuat untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

    Operasi seperti OPS KESAN, OPS CATUT, OPS TERJAH, OPS TIRIS, OPS MENU, OPS PASAR dan OPS SAMAR akan diperkasakan untuk memastikan bekalan stabil dan mencegah pencatutan di pasaran.

    Kerajaan laksanakan program BUDI MADANI untuk menyasar semula subsidi & menjaga kebajikan rakyat!

    BUDI MADANI adalah inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi disasarkan kepada yang layak. Belanjawan 2024 komited menyasar semula subsidi bahan api bagi menghalang penyeludupan dan ketirisan.

    Melalui BUDI MADANI ini, kebajikan rakyat terpelihara dengan subsidi khusus untuk pengangkutan barangan darat dan bantuan tunai kepada individu terpilih bagi mengurangkan kos sara hidup.

    Ini antara kategori penerima yang dipilih untuk penyasaran subsidi ini:

    • MySubsidiDiesel (Pengangkutan Darat) – Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”
    • BUDI Agri-Komoditi (Petani dan Pekebun Kecil) – Bantuan subsidi tunai disediakan kepada petani, penternak, dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian untuk meringankan kos diesel bagi jentera pertanian mereka.
    • BUDI Individu (Individu) – Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu yang memenuhi syarat kelayakan tertentu, membantu menampung kenaikan kos pengangkutan harian.
    ALSO READ:  #OBTryBendaBaru: Makanan Yang Lelaki Akan Beli Kalau Ada Masa 10 Saat Dalam Kedai

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts