Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ini Adalah Berita Palsu!’ – Sheila Majid Nafi Derita Penyakit Arthritis &...

    ‘Ini Adalah Berita Palsu!’ – Sheila Majid Nafi Derita Penyakit Arthritis & Berkerusi Roda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, penyanyi Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal apabila ada laporan berita palsu yang viral mendakwa dia menghidap penyakit artritis (berkaitan sendi dan tulang).

    Artikel berkaitan: Gabungan Mantap Diskoria & Sheila Majid Bakal Bawa Magis Masa Silam Jun Ini

    Kenapa tak buat laporan lima tahun dahulu?

    Menurut Sheila Majid, dia berasa sangat kecewa kerana berita tersebut direka bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan.

    Merepek! Ini adalah berita palsu. Jika saya benar menghidap sakit ini, ia telah dilaporkan lima tahun dahulu. Kenapa tidak jujur dalam menjual barang. Tiada keyakinan sehingga menggunakan nama saya.

    Berikutan daripada itu, pelantun suara ‘Sinaran’ ini berkata, dia sudah cuba menjejaki dalang di sebalik penyebaran berita palsu tersebut namun sukar berbuat demikian.

    Saya mencari pelaku sejak berita palsu ini tersebar tentang saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing. Namun tidak jumpa. Saya tidak jumpa sumbernya. Mereka tahu bagaimana untuk menipulasi sistem dan menyembunyikannya.

    Berbicara lebih lanjut, Sheila memberitahu dia berada dalam keadaan yang sihat tanpa mempunyai sebarang penyakit pada waktu itu. Bahkan, dia sangat sibuk dengan urusan kerja.

    Terdahulu, viral berita yang mengatakan Sheila sudah sembuh selepas menghidap penyakit berkenaan sejak lima tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts