Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ini Bukti Si Polan Bukan Lelaki Yang Baik Untuk Dijadikan Suami &...

    ‘Ini Bukti Si Polan Bukan Lelaki Yang Baik Untuk Dijadikan Suami & Bapa’ – Shuhada Shukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kemelut hubungan Shuhada Shukri dan bekas suami, Hafidz Roshdi nampaknya masih belum berakhir malah satu demi satu kenyataan berbalas yang dikeluarkan kedua-dua pihak.

    Shuhada bidas kenyataan Hafidz

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram,  Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri membalas kenyataan bekas suaminya yang menafikan dakwaan telah menyebarkan dokumen mahkamah.

    Malah, Shuhada beranggapan bahawa tindakan Hafidz seolah-olah menunjukkan bahawa kehidupannya ketika ini dalam keadaan tidak bahagia.

    Lah kau ni dah kenapa pula dah ni? Tadi dah selesaikan dekat balai kan? Kau nak kenapa weh? Tak bahagia ke apa ni? Kasihan sangat hidup kau ni? Mengucap banyak-banyak.

    Dalam pada itu, Shuhada menjelaskan bahawa dia juga telah membuat laporan polis agar Hafidz memadam hantaran yang didakwa mengandungi dokumen mahkamah.

    Memetik kepada tunjuk bukti (kalau aku tunjuk bukti lepas tu apa guna aku gigih buat laporan polis nak kau padam). Banyak sangat benda yang aku ada tapi malas.

    Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk dakwaan aktor itu culas membayar nafkah anak. Namun Hafidz menafikan dakwaan tersebut dengan menunjukkan bukti transaksi bank.

    Shuhada sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan dengan berkongsi tangkap layar perbualan lucah yang didakwa antara Hafidz dengan seorang wanita.

    Shuhada turut membuat laporan polis mendakwa Hafidz telah menyebarkan dokumen mahkamah. Namun, Hafidz menafikan dakwaan itu dan meminta bekas isterinya mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut.

    Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.

    Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.

    ALSO READ:  Erma Fatima Tiada Masalah Ambil Fathia Latiff Berlakon – ‘Masalah Peribadi Bukan Masalah Saya’

    Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts