Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ini Dah Pandir Ya Amat”- Isu 300 Jemaah Haji Terkandas, Azhar Sulaiman...

    “Ini Dah Pandir Ya Amat”- Isu 300 Jemaah Haji Terkandas, Azhar Sulaiman Persoalkan Siapa Patut Dipersalahkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terbaru, menurut Harian Metro, kira-kira 300 bakal jemaah haji yang kini berada di Makkah bingung selepas terpedaya dengan sebuah agensi menawarkan pakej murah menggunakan visa pelancong.

    Seorang jurucakap yang dikenali sebagai Zhyema Zhyedee berkata, beliau dihubungi seorang rakan di Tanah Suci bagi mendapatkan bantuan selepas sedar diperdaya pihak agensi.

    Terpedaya Dengan Agensi Pelancongan

    Menurutnya, agensi terbabit yang pada awalnya menjanjikan untuk memberi gelang haji masih gagal berbuat demikian sehingga hari ini.

    Katanya, pihak agensi juga turut mengarahkan bakal haji agar tidak keluar dari hotel dikhuatiri ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

    Atas insiden tersebut, pelakon Azhar Sulaiman yang kita sedia maklum merupakan seorang yang lantang bersuara turut memberikan komen mengenai isu ini.

    Azhar Sulaiman Turut Bersuara

    via Instagram Azhar Sulaiman

    Azhar sulaiman turut memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya bagi menyuarakan isu jemaah haji yang terkandas ini.

    Ini dah Pandir Ya Amat sangat dah ni.

    Ingat selepas kecoh haritu pasal Travel Agen now perkara macam ni boleh berlaku lagi.

    Siapa yang ada masalah ni?

    Travel Agen-Jemaah-Agensi Kerajaan-Netizen?

    Tulisnya, perkara ini dianggap agak kurang cerdik kerana sebelum ini pernah kecoh mengenai kejadian agen yang menipu jemaah haji, dan pada tahun ini, perkara ini berlaku sekali lagi.

    Azhar sulaiman juga turut mempersoalkan, dalam kes sebegini, siapakah yang bermasalah sebenarnya.

    Adakah dari pihak agensi pelancongan, jemaah itu sendiri ataupun masalah itu datang daripada agensi kerajaan.

    Diruangan komen, ramai yang terkejut dengan berita yang dikongsikan oleh Azhar Sulaiman dan ada juga yang turut berkongsikan beberapa tip untuk mengelakkan daripada ditipu.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts