Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Ini Impian Saya’- Andmesh Kamaleng Tak Sabar Nak Datang Malaysia Buat Konsert,...

    “Ini Impian Saya’- Andmesh Kamaleng Tak Sabar Nak Datang Malaysia Buat Konsert, Jom Semak Harga!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral senusantara ‘Cinta Luar Biasa’, anak kelahiran Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, penyanyi-penggubah lagu popular yang banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan, Andmesh Kamaleng bakal bertandang ke tanah air pada bulan Jun ini bagi mengadakan konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music.

    Andmesh Kamaleng Tak Sabar Nak Datang Malaysia

    “Tidak sabar rasanya hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada bulan Jun ini dalam sebuah konsert istimewa yang bertemakan cinta.

    “Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di sana,” jelas pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25 tahun.

    Berasal dari sebuah keluarga pemuzik, Andmesh memperoleh bakat semulajadinya dari mendiang bapanya yang merupakan seorang pemain keyboard profesional.

    “Sewaktu kecil, saya sering mengikuti ayah membuat persembahan di pentas dan minat dalam bidang muzik lahir secara semulajadi dari situ.
    “Kemudian, pada tahun 2016 saya beranikan diri menyertai sebuah program pencarian bakat di Indonesia iaitu ‘Rising Star Indonesia Musim Ke-2’ dan rezeki ternyata berpihak pada saya apabila dinobatkan sebagai juara,” jelas Andmesh.

    Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang diambil dari album pertamanya dengan judul yang sama berjaya melonjakkan lagi namannya sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara, bukan itu sahaja lagu tersebut mendapat perhatian global apabila turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa, antaranya Inggeris dan juga Korea.

    Ini Merupakan Impian Saya – Andmesh

    Kini, Andmesh dan pemuzik dari Indonesia bakal hadir di Malaysia dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di sini, kata Andmesh dalam nada yang teruja,

    “Sesungguhnya ini merupakan impian saya dari dahulu lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia, saya sudah persiapkan ‘team’ yang rapi agar semuanya berjalan dengan lancar.

    “Seramai 6 orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert itu nanti yang dijangkakan berlangsung selama 2 jam dengan kurang lebih 15 buah lagu yang dipersembahkan.

    “Konsep konsertnya nanti bertemakan cinta, saya mahu kesemua penonton konsert yang hadir merasakan ‘cinta’ melalui muzik, lirik dan nada yang saya bawakan.
    Setakat ini, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan ‘team’ Andmesh memastikan setiap pengunjung konsert merasai pengalaman yang maksimal.

    “Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan, khas untuk peminat-peminat di Malaysia, jadi rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti.

    “Saya berharap agar pengunjung konsert terkesan dengan lagu-lagu yang saya persembahkan, merasakan cinta dengan karya-karya saya, dan pulang ke rumah dengan memori yang indah.

    “Jangan lupa dengan janji kita pada Jun tahun ini, salam sayang dari Andmesh Kamaleng,” akhiri Andmesh.

    Harga Tiket Bermula RM 288

    Konsert yang ditunggu-tunggu ini bakal berlangsung pada 4 June 2023 di Plenary Hall, KLCC. Tempat duduk dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan harga berbeza iaitu Anugerah Terindah, Hanya RIndu, Cinta Luar Biasa, Jangan Rubah Takdirku, Putus Tapi Cinta dan Nyaman.

    ALSO READ:  Sudah Lama Berniat Padam Nama Arwah Suami, BCL Mengaku Tidak Boleh Berterusan Menggunakan Nama Sinclair Lagi


    Seperti yang dikongsikan oleh pihak penganjur, harga tiket bermula RM 288 dan paling mahal berharga RM1,288. Tiket-tiket bakal dijual bermula 30 Mac ini pada jam 2 petang di andmesh.ubertickets.asia



    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts