Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ini Kali Pertama Saya Pegang Trofi Juara’ – Shiha Zikir Umum Tak...

    ‘Ini Kali Pertama Saya Pegang Trofi Juara’ – Shiha Zikir Umum Tak Akan Sertai Program Realiti Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Shiha Zikir memberitahu program Famili Duo musim keempat merupakan program realiti televisyennya yang terakhir.

    Dah banyak sertai program

    Menerusi temu bual bersama , Shiha berkata, kemenangannya dalam program tersebut merupakan penutup paling terindah buatnya.

    Saya sudah banyak sertai program nyanyian realiti sebelum ini dan sudah keluarkan semuanya. Buat masa sekarang ini adalah penyertaan terakhir saya tapi saya tak tahu lagi apa akan jadi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

    Selama saya bertanding dalam mana-mana pertandingan, saya tak pernah bergelar juara. Ini adalah kali pertama saya pegang trofi juara. Ia satu penutup yang sangat baik.

    Disoal mengenai perancangan Shiha selepas tamat Famili Duo, pelantun suara ‘Irama’ ini memberitahu, dia akan meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

    Saya akan menyanyi seperti biasa. Cuma seperti yang semua tahu, saya dah mula bekerja di belakang tabir. Saya tulis lirik dan menjadi pengarah muzik video penyanyi lain. Di samping itu, saya mahu memberi fokus terhadap bidang perniagaan.

    Saya juga mahu cari seseorang yang mempunyai semangat juang sama seperti saya. Masuk dalam industri ini bukan sekadar mahu popular, jika gagal sekali kena usaha lebih lagi sehingga berjaya.

    Ditanya pula mengenai wang kemenangan RM100,000 yang diraih semalam, Shiha secara ringkas menjawab, dia akan memberikan kepada ibunya sedikit dan kakaknya iaitu Ieda Zikir.

    Saya masuk pertandingan ini sebab kakak. Arwah suami dia nak sangat tengok kami menyanyi bersama dan dia aktif semula dalam bidang seni. Alhamdulillah, kami dah berjaya. Secara jujur saya tak fikir lagi nak buat apa duit ini. Cuma, sudah pasti saya akan bagi dekat emak dan kakak saya. Kakak saya boleh guna duit ini untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.

    ‘Mentera Semerah Padi’ buat juri berdiri

    Shiha dan Ieda Zikir, berjaya menambat hati juri semalam, apabila mereka menyanyikan lagu Mentera Semerah Padi nyanyian asal Datuk M Nasir. Shiha dilihat berani mengambil risiko dan mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dalam tempoh masa singkat.

    Saya buat latihan silat sehingga menangis kerana rasa terlalu penat. Setiap hari berlatih selepas diumumkan masuk final sehingga badan saya lebam. Tapi malam ini saya lupakan seketika rasa sakit itu. Saya nak berikan yang terbaik.

    Sepanjang penyertaan dalam FD4 ini juga saya tak ambil tawaran kerja lain. Rasanya ada lapan tawaran yang ditolak. Bila menyertai program sebegini saya tak pernah fikir soal duit, apa yang penting rasa puas membuat persembahan.

    Sekadar info, pentas akhir Famili Duo musim keempat turut menyaksikan pasangan duo Ayie Ilham dan Salma mendapat tempat kedua manakala, pasangan duo Tomok dan Sharul Kamal mendapat tempat ketiga.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syamimia Beli Peti Ais SMEG ‘Ori’ Selepas Menabung Dua Tahun, Netizen ‘Lawan’ Teka Harga

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts