Perkongsian terkini pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson mengejutkan netizen selepas berkongsi beberapa fotonya di media sosial, hari ini.
Zahnita, menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi foto bahagian mata kirinya yang lebam serta menyatakan itu adalah punca dia meninggalkan kediaman lamanya dan kini berjaya memiliki kediaman yang baharu.
“Saya tak mahu melakukan ini, tetapi saya terpaksa. Ini adalah sebab saya kadangkala memakai kaca mata.”-dedah Zahnita di Instagram
View this post on Instagram
“Cantik-Cantik Macam Ni Pun Kena Abuse..”
Perkongsian Zahnita mencetuskan rasa sebak rakan selebriti dan netizen, malah ramai yang menitipkan doa serta kata-kata semangat agar model terkenal era 90-an dan 2000-an ini terus kuat meneruskan kehidupan.
“You don’t and never deserve this ever. Ever. 😢.”-Che’ Puan Sarimah Ibrahim
“Allah..are you ok now?.”-Sharifah Shahirah
“Dah agak dahh dari dulu lagiiii..kesian zahnitaaaa😢
“Cantik-cantik macam ni pun kena abuse 😣😭.”
“Lama dia bertahan. Sejak 2014 ada dengar dah dia tu tuntut fasakh.”
“Allahhuakbar. Dah lama i rasa mcm u kena abuse. From all your videos, mcm ada rasa sesuatu. Tak sangka sangkaan i betul😢. Apa2 pun harap u stay strong z and please get helps asap.”
“Macam mana u boleh bertahan sampai dengan suami u kalau dah naik tangan macm ni. report polis, leave him.semoga Allah lindungi u di mana sahaja dan harap kat tempat yang selamat sekarang ni.”
Sekadar info, Zahnita Wilson mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse pada 2005. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Apa komen anda?