Perodua dah released video sempena Hari Kebangsaan!
Korang dah tengok?
Bertemakan ‘Inilah #Malaysiaku’, korang sebagai Rakyat Malaysia wajib tonton video ini.
Kenapa? Sebab video ini ada jawapan apa yang menjadikan kita satu Malaysia.
Dekat di hati masyarakat!
Video berdurasi selama 60 saat ini penuh dengan penceritaan yang mendefinisikan Malaysia.
Termasuklah tempat-tempat pelancongan menarik, mercu tanda ikonik, makanan dan pelbagai lagi.
Walaupun kandungannya ringkas namun cukup menyentuh jiwa.
Min jamin korang akan dapat relate dengan adegan-adegan yang dipaparkan dalam video ‘Inilah #Malaysiaku’.
Malaysia tanpa makanan, memang tak ngam!
Rakyat Malaysia dengan makanan berpisah tiada.
Bukan Malaysia kita kalau tak ada Nasi Kandar Kuah Banjir, Roti Canai, Nasi Lemak, Char Kuey Teow dan pelbagai lagi.
Korang pun mesti setuju, betul tak?
Maka tak hairanlah video ‘Inilah #Malaysiaku’ menyentuh mengenai makanan sebagai salah satu elemen utama videonya.
Bukan itu je, banyak kandungan menarik mengenai keunikan rumah panjang, bunga raya, baju melayu, tarian sumazau dan macam-macam lagi.
Kenderaan buatan tempatan lambang kebanggaan negara!
Tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan ‘king of the road’ Perodua Myvi, begitu juga dengan Perodua Bezza yang terkenal sebab jimat minyak.
Megah menyusur di jalan raya, kenderaan tempatan pun tak kurang hebatnya dengan kenderaan import.
Harganya jauh lebih berpatutan, senang cari alat ganti. Pemanduan pun smooth.
Nak bercuti, balik kampung raya, pergi berkelah, pergi berkhemah, no problem… Semuanya onzzz!
‘Inilah #Malaysiaku’! Tidak hanya kaya dengan pelbagai bahasa dan bangsa tapi ada banyak lagi perkara yang telah menjadi identiti kita tanpa sedar.
Teruskan mencintai dan berbangga dengan pencapaian negara kerana kita adalah Malaysia.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia semua! ‘Inilah #Malaysiaku’!