Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentInside Scoop Perkenal Perisa Tempatan Istimewa Untuk Menghargai Lokal Legends Sempena Merdeka...

    Inside Scoop Perkenal Perisa Tempatan Istimewa Untuk Menghargai Lokal Legends Sempena Merdeka Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenama aiskrim tempatan kegemaran Malaysia, Inside Scoop, meraikan sambutan kemerdekaan dengan penuh kemanisan apabila mereka memperkenalkan perisa aiskrim edisi terhad kali ini. Dengan kerjasama jenama tempatan kegemaran lain seperti Beryl’s, Secret Recipe, dan Farm Fresh, rangkaian perisa Lokal Legends ini diilhamkan oleh produk popular jenama tempatan tersebut dalam meraikan keunikan dan kreativiti produk Malaysia yang sebenar.

    Mengekalkan cita rasa asal produk, rangkaian perisa Lokal Legends yang boleh dinikmati bermula 12 Ogos 2024 menawarkan cara baharu untuk rakyat Malaysia nikmati sajian kegemaran, sekali gus menghargai cita rasa yang dekat di hati mereka. Kolaborasi ini juga adalah pertama kali bagi jenama tempatan ini untuk melihat produk mereka diubah menjadi perisa aiskrim. Ini termasuklah:

    • Choco Malt Farm Fresh: Perisa Farm Fresh ini menggunakan minuman malt coklat cita rasa lokal yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak. Dihidangkan bersama taburan malt coklat untuk ekstra kerangupan, menjadikannya nikmat yang menghangatkan, yang mengingatkan anda pada zaman dahulu.
    • Chocolate Indulgence® Secret Recipe: Diilhamkan daripada kek kegemaran Malaysia, perisa yang penuh kelazatan ini dihasilkan dengan ketulan kek span coklat yang digaul bersama campuran dekaden coklat gelap, dan aiskrim kastard berkrim.
    • Tiramisu Almond Chocolate Beryl’s: Menggabungkan rasa tiramisu yang kaya, penuh berkrim, bersama kemanisan koko dan kacang badam yang dipanggang dengan madu, aiskrim berinspirasikan coklat Beryl’s ini menawarkan cara baharu untuk menikmati perisa coklat yang digemari ramai ini.

    Selain perisa yang ditawarkan sekarang, Inside Scoop juga sedang menghasilkan aiskrim yang istimewa bersama ZUS Coffee. Menampilkan perisa dengan nilai sentimental buat semua rakyat Malaysia, ia bakal dilancarkan pada 26 Ogos 2024.

    Kedua-dua jenama ini juga pernah berkolaborasi pada tahun lalu. Sebagai bonus, aiskrim single-scoop akan dihidangkan bersama sarung cawan bertemakan kemerdekaan rekaan tersendiri berdasarkan perisa setiap jenama, menampilkan warna jenama tersebut, dan perkataan “Lokal Legends” di sisi.

    ALSO READ:  Throwback Kisah Cinta, Somy Ali Dakwa Penat Didera & Dicurangi Salman Khan- “Setiap Hari Didera Fizikal & Lisan!”

    View this post on Instagram

    A post shared by Inside Scoop Ice Cream (@myinsidescoop)

    Perisa-perisa baharu ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop di seluruh Malaysia sepanjang sambutan Merdeka sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2024. Untuk maklumat lanjut tentang Lokal Legends dan lebih lagi tentang Inside Scoop, layari laman media sosial mereka melalui Instagram, Facebook, Twitter, dan TikTok.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts