Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah, dilihat memuat naik sebuah posting mengenai keluarga di Instagram Story miliknya.
Akan kumpul semula
Menerusi pemerhatian pihak , Patimah berkongsi foto seluruh ahli keluarganya semasa menyambut hari perayaan bermula pada tahun 2014 sehingga tahun lalu.
Lebih mencuri tumpuan, Patimah turut meletakkan kapsyen ‘Insya-Allah kami akan berkumpul semula’ di posting tersebut. Meskipun tidak mengulas secara terperinci mengenai kapsyen tersebut, Patimah dipercayai memberi gambaran bahawa dia dan keluarga akan berjumpa dengan Syamsul tidak lama lagi.
Terdahulu, Patimah mengalir air mata apabila melihat Syamsul mengharungi takdir hidupnya seorang diri.
Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri. Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan.