Hari ini merupakan hari terakhir berlangsungnya 10 hari istiadat perkahwinan diraja Brunei bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia (YAM) Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.
Sepanjang minggu yang sibuk ini, tak dinafikan ramai yang ternanti-nantikan istiadat perkahwinan pasangan diraja ini. Bukan itu sahaja, bagi golongan wanita pula; sudah semestinya busana pengantin YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi fokus utama mereka.
6 Januari 2024: Majlis Khatam Al-Quran
Sopan dan manis penampilannya, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menyarungkan sepasang baju kurung yang direka khas oleh pereka tempatan, Teh Firdaus. Memerlukan masa sebulan untuk disiapkan, baju kurung YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah ini menggunakan tenunan Brunei (iaituu tekstil tradisional) di mana kainnya ditenun menggunakan benang emas dan perak.