Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIntai Menu Majlis Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha, Netizen Terliur!

    Intai Menu Majlis Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha, Netizen Terliur!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada malam yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Persantapan Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.

    Majlis Santapan Diraja itu diadakan bagi meraikan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang telah selamat diijabkabulkan pada 11 Januari 2023.

    Hidangan Majlis Santapan Diraja Yang Mewah

    Di sebalik ramai yang terpukau dengan pasangan diraja ini yang sama cantik sama padan. Menu Hidangan pada Malam Santapan Diraja juga mencuri perhatian ramai.

    Antara hidangan yang disajikan adalah:

    • Salad Ketam Alaska Dengan Iranian Caviar,
    • Sup Rusa Berempah Dengan Cendawan Morel,
    • Udang Kara Dengan Salad Betik Muda,
    • Sorbet Mangga bersama Sarang Burung Walit,
    • Daging Wagyu Percik dengan Trufel,
    • Ikan Turbot Acar,
    • Ayam Kampung Sos Peranakan
    • Nasi Basmathi bersama Safron
    • Kambing Kerutup
    • Udang Raja Asam Pedas
    • Sayur Lodeh
    • Pajeri Nenas
    • Kek Sarang Semut dan Kek Coklat Maracaibo

    “Tak Sangka Macam Ni Makanan Diorang..”

    Rata-rata netizen media sosial berkongsi rasa teruja melihat senarai menu hidangan tersebut, malah, ramai yang ‘terliur’ dengan hidangan mewah pada Malam Santapan Diraja tersebut seperti Ketam Alaska, Daging Wagyu dan banyak lagi.

    “Wagyu percik guys.”

    “They put the one and only ‘sayur lodeh’, blue-collar daily lunch on ‘warteg’ being part of royal wedding menu.”

    “King crab, lobster, wagyu.”

    “Wagyu percik noks hahaha wow.”

    “Tak sangka macam ni makanan diorang.”

    “Makanan pun boleh tahan sikit.”

    “They literally have wedding in heaven.”

    “Cuma relate sama sayur lodeh.”

    “Tergelak tengok sayur lodeh, punya lah panjang dalam bahasa Inggeris.”

    Apa komen anda? ‘Terliur’ tak dengan menu yang dihidang?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts