Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIntan Najuwa Ambil Tindakan Undang-Undang, Tunggu Individu Dakwa Tak Bayar Gaji Pekerja...

    Intan Najuwa Ambil Tindakan Undang-Undang, Tunggu Individu Dakwa Tak Bayar Gaji Pekerja ‘Confront’ Lambat Sangat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tiada angin tiada ribut, seorang individu lelaki mendakwa pelakon, Datin Intan Najuwa tidak membayar gaji pekerjanya.

    Berikutan daripada itu, Intan memberi tempoh 24 jam kepada individu tersebut untuk tampil bersemuka dengannya.

    Saya nak jumpa awak

    Menurut Intan di Instagram Story miliknya, sekiranya individu tersebut gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Menerusi posting yang dimuat naik, Intan turut mendedahkan wajah lelaki yang membuat tuduhan tersebut.

    Inilah lelaki yang cari fasal dengan saya. Mari, saya nak berjumpa dengan awak sebab saya pun tak kenal awak. Saya beri awak masa 24 jam untuk berdepan dengan saya, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang. Saya tak takut sebab kebanyakan pekerja sahaja yang buat fasal dengan saya.

    Pelakon ‘Racun Rihanna’ ini turut memberitahu dia tidak mempunyai sebarang hutang terhadap mana-mana individu sebaliknya orang lain yang berhutang dengannya. Ujar Intan lagi, dia tidak pernah gagal membayar gaji pekerja malah sentiasa menjaga kebajikan mereka termasuk memberi bonus.

    Spill the tea please, saya pun tertanya-tanya. Maaf ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya sahaja ramai. Semua pekerja yang kerja dengan saya dapat gaji siap bonus lagi. Jadi kalau setakat nak burukkan nama saya beringat sikit. Cari fasal dengan saya dan awak akan menyesal.

    Berbicara lebih lanjut, Intan memberitahu tidak timbul isu berkaitan dia tidak membayar gaji pekerja melainkan mereka tidak melakukan tugas dengan amanah.

    Di akhir posting, Intan mendedahkan dia sebelum ini pernah berdepan dengan beberapa pekerjanya yang bermasalah termasuk mencuri namun tidak tergamak membuat laporan polis.

    Siapa pula pekerja yang saya tak bayar gaji ni melainkan kalau dia tak buat kerja, memang saya buang terus. Pekerja songlap (curi) duit saya ada lah, curi duit dari ATM pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam tak buat laporan polis pun. Yang makan gaji buta pun ada. Pekerja yang buat kerja macam budak tadika selepas itu tiba-tiba minta macam-macam pun ada.

    Terbaru, Intan memberitahu dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. Jelas Intan, individu berkenaan lambat untuk berhadapan dengannya.

    ALSO READ:  Persoal Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Raya Secara Tunai, Individu Bidas Netizen – ‘Bisnes Dia 100% Online Kot’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts