Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil membidas komen salah seorang netizen selepas membuat perkongsian persiapan menanti cahaya mata sulungnya di media sosial.
Intan, menerusi satu video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan, pelakon ini sedang menghias bilik tidur bayi perempuannya yang turut dibantu oleh ahli keluarga lain.
“Baby girl’s update. It’s a toile de jouy baby.”-kapsyen Intan Najuwa di TikTok
“Aku Dulu Beria Hias Bilik Baby Bukan Main…”
Walaubagimanapun, komen salah seorang netizen ini mencetuskan reaksi Intan apabila menyifatkan persiapannya itu hanyalah ‘sia-sia’ kerana cahaya mata yang akan dilahirkan itu hanya akan berada di bilik ibubapanya.
“Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.”-komen salah seorang netizen
@intannajuwaaa
Baby girl’s room update. It’s a toile de jouy baby! <3
♬ original sound – noral_flute
Intan Beri Respon!
Intan kemudian dilihat membidas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia hanya menghias bilik cahaya matanya itu untuk menyimpan barang-barang milik bayinya kelak.
“Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia duduk dalam bilik dia. Kita hias bilik dia untuk barang-barang dia. Takkan nak tumpang bilik jebon.”-bidas Intan
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Apa komen anda?