Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIppo Hafiz Didakwa Gagal Membimbing Isteri, Hilang Sejak November 2023

    Ippo Hafiz Didakwa Gagal Membimbing Isteri, Hilang Sejak November 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ippo HafizIppo Hafiz

    Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz mendedahkan rumah tangga yang dibina dengan isterinya, Fara Roslan diuji dengan penceraian.

    Bercerai?

    Ippo HafizIppo Hafiz

    Menurut Ippo, dia tidak menyangka apabila rumah tangga yang dibina sejak 2019 akan berakhir dengan perpisahan.

    Kata Ippo, dia tidak pernah berkongsi mengenai masalah rumah tangga di media sosial demi menjaga aib dah kehormatan kedua-dua belah pihak.

    Siapa yang nak diuji begini? Kalau tanya saya, saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai seorang suami memang saya tak sangka saya akan lalui semua ini.

    Ippo berkata demikian sejurus selesai prosiding sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, pagi Selasa.

    Menyifatkan Ramadan kali ini antara yang paling mencabar, Ippo berkata dia mengharapkan yang terbaik dan memohon agar doanya didengari Allah.

    Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga.

    Dalam pada itu, Ippo berkata anak bongsunya kini berada di bawah jagaannya, manakala yang anak pertama bersama isterinya.

    Anak kedua saya, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan dia. Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja.

    Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya

    Pagi tadi, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

    Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    ALSO READ:  Noor Nabila Beri Respon Selepas Dikatakan Kembali ‘Bersatu’ Dengan Sharnaaz Ahmad!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts