Penyanyi dan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli tampil bersuara terhadap isu sita kediaman usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida pada Isnin.
Iqbal, menerusi hantaran di Insta Stories menyatakan bahawa, dia turut bersama Datuk Seri Vida ketika perbincangan dan proses pembinaan kediaman DSV.
“Tentang rumah Datuk Seri Vida disita, minta maaf saya mencelah sedikit. Ketika proses pembinaan bangunan tersebut, saya ada setiap kali perbincangan dan berulang kali ke sana. Konsep, pelan bangunan tersebut pun masih saya simpan.”-tulis Iqbal Zulkefli di Instagram
“Jutaan Ringgit DSV Laburkan, Tetapi Tidak Siap Dibina…”
Dedah Iqbal, DSV sudah melabur sebanyak jutaan ringgit, namun reka bentuk kediamannya tidak dibina, malah pihak pereka hiasan dalaman juga menghilang secara mengejut ketika itu.
“Untuk reka bentuk sahaja, jutaan ringgit DSV laburkan, tetapi tidak siap dibina malah pihak interior designer hilang mengejut waktu itu. Sedangkan modal besar DSV sudah laburkan. Jadi terbiar begitu sahaja, dengan keadaan jamban pun tidak dibina dengan baik.”-dedah Iqbal
Tidak bermaksud untuk mencelah, Iqbal menjelaskan bahawa dia tampil bersuara sebagai individu ytang pernah rapat serta berada bersama DSV ketika proses berkenaan.
“Minta maaf, bukan niat saya mencelah cuma sebagai orang yang pernah rapat dan ada di saat proses tersebut, saya rasa bertanggungjawab dan simpati. Saya percaya peguam DSV sekarang (juga merupakan peguam yang sama dengan saya) dapat selesaikan dengan baik. InsyaAllah.”-jelas Iqbal
Apa komen anda?