Amat terkenal baru-baru ini, isu yang melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa telah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua bersama seorang wanita yang dikatakan salah seorang pekerjanya semasa isteri pertama sedang hamil.
Isu berkenaan turut mendapat respons daripada pelakon, penyanyi dan usahawan, Iqbal Zulkefli, yang berkongsi beberapa perkara yang tidak boleh dikongsikan dengan rakan sekerja di Instagram. Jelas Iqbal, ianya akan memakan diri walaupun berada di pihak yang benar.
“Antara perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada rakan sekerja:
• Gaji. Tentang bonus, gaji kurang atau gaji lebih.
• Masalah rumah tangga.
• Tidak puas hati dengan majikan.
• Luahan kerja di media sosial.
Semua ini memakan diri walaupun kita di pihak yang benar. Siapa setuju apa yang saya katakan ini? Atau ada yang pernah alami?” – kongsi Iqbal di Instagram
“Memang Penting Untuk Jaga Profesionalisme & Etika Di Tempat Kerja….”
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Iqbal, malah ada yang berpendapat setiap individu seharusnya menjaga batas masing-masing bersama rakan sekerja di tempat kerja.
Apa komen anda?