Pempengaruh dan penyanyi, Iqbal Zulkefli mahu menghadiahkan beberapa beg jenama mewah kepada pengikut bertuah yang aktif di media sosial miliknya.
Beg mewah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqbal berkata, beg tersebut mencecah nilai ribuan ringgit dan mengingatkan pengikutnya untuk menghidupkan notifikasi akaun media sosial mereka.
Ada beberapa beg yang belum diberi kepada sesiapa. Sengaja saya beli lebih untuk hadiahkan kepada pengikut aktif di semua media sosial saya. Beg ini nilainya ribuan ringgit, tetapi tidaklah banyak.
Boleh hidupkan notifikasi media sosial sama ada TikTok, Facebook atau Instagram Story sebab saya akan bagi bila-bila masa sahaja.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Iqbal berkata, dia telah menerima lebih seratus mesej selepas 10 minit memaklumkan mengenai pemberian beg itu.
10 minit post sudah seratus respon di DM. Kalian yang sekadar ikuti tetapi tidak sudi like, komen dan share setiap posting saya itu tidak dikira pengikut yang aktif.
Saya berbagi hadiah penghargaan, kalian sudilah sokong perjuangan saya.