Pempengaruh dan penyanyi, Iqbal Zulkefli mengakui sudah bosan hidup bermewah dan mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.
Boros
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Iqbal, 30, berkata, dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.
Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu.
Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ya terlalu mewah.
Dalam hantaran sama, Iqbal memberitahu dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar, apatah lagi dia bekerja sendiri.
Sekarang banyak fikir bisnes sahaja. Banyak komitmen yang perlu bayar. Tambah-tambah lagi, hasil pendapatan itu daripada saya sendiri.