Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sebelum ini pernah meluahkan hasratnya mahu melakukan pembedahan bariatrik untuk cepat kurus.
Dihalang Ramai Rakan industri?
Terkini, Iqbal menerusi hantaran di Insta Stories menyatakan dia sangat bertekad untuk menjalani pembedahan potong usus biarpun dihalang oleh ramai rakan industri.
“Tentang mahu potong perut (usus) itu, saya serius. Walaupun alasannya begitu panas ya. Saya terima banyak mesej, DM dan panggilan dari pakar.
Rakan industri juga banyak berpesan kepada saya. Majoriti berkata, jangan.”-tulis Iqbal di Instagram
“Ini Menyeramkan Tetapi Saya Mesti..”
Sebolehnya mahu menjalani pembedahan bariatrik, Iqbal mohon doa orang ramai agar impiannya itu dapat berjalan dengan lancar.
“Saya perlu jumpa doktor dulu. Sebolehnya saya mahu buat cepat secepat mungkin. Ada beberapa orang doktor pakar dalam bidang pembedahan bariatrik. Antara dalam senarai saya, Doktor Mustafa, Doktor Nik, Doktor Tikfu, dan Doktor Gafoor.
Saya cuba untuk hubungi antara yang ada dalam senarai ini. Doakan urusan potong perut saya dipermudahkan. Ini menyeramkan tetapi saya mesti kurus.”-tulis Iqbal lagi
Iqbal sebelum ini pernah menyatakan di media sosialnya bahawa dia sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit untuk menjalani pembedahan bariatrik agar dapat kurus dengan cepat serta kesihatan yang lebih baik. Tambah Iqbal, dia pernah terbaca komen para wanita di luar sana yang lebih sukakan lelaki yang bertubuh kurus.
Apa komen anda?