Usahawan terkenal, Iqbal Zulkefli menyatakan dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang di sekelilingnya.
Pembantu rumah
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Iqbal berkongsi kisah pembantu rumahnya yang telah setahun bekerja di bawah kendalinya.
Kata Iqbal, dia pernah memarahi Mina hanya sekali atas sebab kerap kali menggunakan telefon.
Setakat ini semua baik-baik sahaja. Saya pernah tengok sekali sahaja Mina bangun lambat.
Kalau diikutkan gaji Mina lebih berkali ganda dengan orang lain. Namun, saya tidak kisah malah setiap bulan saya akan hulurkan lebih sebab dia tidak pernah berkira dalam membantu saya.
Dalam rumah saya banyak barangan berharga, namun sekali pun tidak pernah hilang.
Tidak suka aturkan hidup orang
Dalam pada itu, Iqbal turut berkongsi kisah barang-barangnya yang dicuri oleh kenalannya sendiri.
Namun, pelantun lagu ‘Hujan’ itu enggan membesarkan isu tersebut dan memilih untuk singkirkan orang-orang sebegitu dari hidupnya.
Saya tidak suka aturkan hidup orang apatah lagi sikap peribadi. Jika orang itu datangnya sudah baik, maka baiklah dia.
Andai ada yang mencuri, tidak amanah, maka saya akan buang. Rumah ini bukan pusat pemulihan akhlak, tapi adalah keluarga.
Wang boleh dicari, kejujuran tidak boleh dibeli.