Pelakon terkenal, Iqram Dinzly tampil bersuara dan menasihati wanita yang mengaku bercinta dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menerusi hantaran di Instagram (IG).
Henti ‘spill the tea’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin meminta Sarah untuk berhenti membuka serta menyebarkan aib orang lain terutama sekali mereka yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan rumah tangga Aliff dan juga Bella.
Saya rasa awak kena fokus dengan agenda awak yang utama iaitu mengenai Aliff Aziz sebab dia yang buat hal.
Dia dah diberi peluang tetapi dia sendiri yang tak hargai.
Jadi tak perlu kot nak plot twist cerita pasal Meerqeen, Anna Jobling dan Sophia Albarakbah mahupun sesiapa lagi selepas ini.
Jelas Iqram, dia juga tidak mahu isu yang berbangkit seperti ini merosakkan hubungan baik antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Di akhir hantaran, pelakon filem ‘Evolusi KL Drift’ itu berpendapat biarlah kemelut rumah tangga Aliff dan juga Bella diselesaikan dengan cara yang baik di mahkamah.
Soal luar dalam rumah tangga Bella dan juga Aliff biarlah mereka uruskan dan selesaikan di mahkamah.
Kita langsung tiada hak untuk membongkar segala aib rumah tangga mereka.
Malah, setelah akad nikah juga mereka sudah berjanji untuk menutup aib sebaik-baiknya kerana itu adalah dosa besar.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan Iqram.
Terdahulu, Sarah dengan beraninya berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan di antara Aliff dan juga Ruhainies selepas kontroversi mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.
Antara intipati perbualan tersebut ialah, Ruhainies didakwa telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Ruhainies kemudiannya mengambil keputusan untuk menetapkan mod IG nya kepada mod privasi.