Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Iqram Dinzly tiba-tiba menjadi sebutan ketika siaran langsung aktres kontroversi, Fathia Latiff, baru-baru ini.
Berikutan daripada itu, Iqram mengambil pendekatan tidak mempedulikan kata-kata netizen yang memetik namanya di siaran langsung tersebut.
Terima kasih netizen
Menerusi laporan Harian Metro, Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, berkata, dia memilih untuk memberikan fokus kepada beberapa perniagaan yang kini diusahakan olehnya.
Alhamdulillah, itu bermakna Allah sedang mengangkat darjat nama Iqram Dinzly, walaupun apa yang terjadi di dalam media sosial mesti akan bersangkut paut dengan saya, walaupun yang gila itu, Prince Chiki Dinzly.
Biarlah orang nak kaitkan saya dengan Fathia Latiff ke, dengan siapa ke. Alhamdulillah, kerana zaman sekarang orang kejarkan viral (tular) dan glamor, tapi macam saya tak kejarkan semua itu.
Yang penting ketika ini, saya duduk diam-diam untuk jadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu saja fokus ketika ini.
Tambah Iqram, biarpun wajahnya kurang menghiasi kaca televisyen atau layar perak ketika ini, namun namanya kekal relevan dikalangan pengguna media sosial.
Sebenarnya, nama saya sentiasa disebut-sebut dan ia dianggap sebagai salah satu anugerah daripada Allah. Ini yang mana, masih ramai yang mengingati saya walaupun sudah lama tidak terbabit dalam industri hiburan.
Terima kasih kepada netizen kerana sering mengaitkan nama Iqram Dinzly dengan mana-mana saja ‘kegilaan’ di kalangan masyarakat Malaysia.