Ira Kazar kini kembali menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan dia dan pengarah terkenal Syamsul Yusof bakal berpisah.
Ira menangis?
Menerusi perkongsian pemilik nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin itu di Instagram Story, kelihatan matanya sedikit merah dan air matanya bergenang seolah-olah baru sahaja menangis.
Ira yang juga sedang berada di dalam sebuah kereta itu turut meletakkan emoji berbentuk hati pada hantaran berkenaan.
Tidak lama selepas itu, anak kepada pelakon Kazar Saisi tersebut sempat berkongsi juadah yang dinikmatinya iaitu laksa, mi kari dan laicikang.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan cerai.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.