Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIra Kazar Tewaskan Michelle Yeoh! Inilah Carian Google Tertinggi Rakyat Malaysia Sepanjang...

    Ira Kazar Tewaskan Michelle Yeoh! Inilah Carian Google Tertinggi Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila tahun semakin menghampiri penghujungnya, telah tiba masanya untuk mengimbas kembali apa yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2023. Semestinya ia telah membawa perubahan besar dan permulaan baharu – kerajaan baharu, bakal raja baharu dan fasa pandemik baharu.

    Mengemudi berita dari seluruh dunia

    Dari segi berita, rakyat Malaysia paling berminat dengan topik bantuan kewangan.

    ‘Sumbangan Tunai Rahmah (STR)’, bantuan tunai kerajaan untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana, menakluki senarai ‘Berita’ sohor kini, manakala ‘eBelia Rahmah’, kredit e-tunai sebanyak RM200 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi tinggi, menduduki tempat keenam.

    ‘War in Israel and Gaza’ merupakan carian kedua yang paling sohor kini dalam senarai ini. Ini mencerminkan keinginan dalam mencari ketelusan dan pengakhiran bagi perang yang amat membinasakan. Di samping mengikuti berita bencana ‘Turkey Earthquake’ yang merupakan carian sohor kini yang kelima.

    Rakyat Malaysia juga turut mengikuti keputusan pilihan raya Negeri, dengan ‘Keputusan PRN’ di tempat ketiga.

    Berita lain yang menarik perhatian di seluruh negara adalah penutupan syarikat penerbangan kos rendah tempatan ‘MYAirline’ pada awal Oktober. Kemudian disusuli dengan  ‘PLKN’ atau Program Latihan Perkhidmatan Negara yang membuat kemunculan semula. T

    Tidak ketinggalan kebimbangan ibu bapa mengenai risiko mainan ‘lato-lato’ dan insiden ‘The 1975’ di sebuah festival muzik di Sepang.

    Kemalangan pesawat ‘Elmina’ di Shah Alam turut menjadi carian teritinggi sepanjang tahun 2023.

    Artis Paling Trending

    Rakyat Malaysia penggemar berita terpanas terutamanya apabila ia melibatkan selebriti kegemaran mereka.

    Konflik perkahwinan antara pelakon ‘Puteri Sarah’ dan pengarah filem ‘Syamsul Yusof’ menjadi perbualan hangat apabila Syamsul berkahwin secara senyap dengan isterinya yang kedua, ‘Ira Kazar’.

    ALSO READ:  Bekas Menantu Zainal Abidin Syukur Dapat Bermalam Tiga Kali Sebulan Dengan Anak, Kapsyen ‘Orang Luar Kaki Racun’ Jadi Tumpuan!

    Ini menyebabkan ketiga-tiga daripada mereka muncul di dalam senarai teratas ‘Orang’ sohor kini.

    Lain-lain termasuk pelawak berdiri Singapura ‘Jocelyn Chia’ yang telah membangkitkan kemarahan bagi lawaknya tentang penerbangan Malaysia Airlines, MH370 yang hilang.

    Pelakon pertama Malaysia yang memenangi Oscar ‘Michelle Yeoh’, dan pelakon veteran ‘Angeline Tan’ dan ‘Sabri Yunus’ yang baru-baru ini telah mendirikan rumah tangga.

    Untuk melihat senarai penuh, kunjungi https://trends.google.com/trends/yis/2023/MY.

    Selain menunjukkan apa yang orang ingin tahu di Malaysia, alat Google Search juga menawarkan cerapan tentang topik yang menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 2023. Kunjungi laman trend global untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah-kisah Year in Search dan carta trend popular dari Malaysia dan di seluruh dunia.

    Ketahui lebih banyak trend daripada tahun ini di yearinsearch.google.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts